Tuesday, February 09, 2016

CARA TAMBAH SELERA MAKAN ANAK DENGAN MUDAH SUPAYA TAK RUNSING LAGI

by , in
Assalamualaikum. Selamat pagi sahabat-sahabat semua. Mesti tengah santai-santai depan tv bersama keluarga atau tengah syok bercuti kan? Saya balik kampung untuk habiskan cuti kali ni. Dah lama benar tak baik kampung.

Sebagai seorang ibu saya mengerti sangat-sangat perasaan yang dialami oleh ibu bapa yang anak mereka tak nak makan atau kurang selera makan, Sebabnya saya sendiri pernah mengalaminya waktu anak saya berumur lingkungan setahun setengah. Sedih,risau, tertekan dan macam-macam perasaan timbul bila berhadapan dengan masalah anak tak lalu makan ni. Sana sini saya bertanyakan orang cara tambah selera makan anak dengan mudah supaya tak runsing lagi.

Sekarang kan zaman dunia di hujung jari. Ibu bapa boleh bertanya apa-apa saja pada incik google. Tak gitu? Termasuklah saya incik google peneman setia. Ops dah melalut pulak. Sebelum saya bercerita lanjut tentang cara tambah selera makan anak dengan mudah supaya tak runsing lagi, saya nak kongsi sedikit faktor yang mungkin menyebabkan anak kita kurang selera makan. Sama-sama kita muhasabah diri kot-kot masalah ini berpunca daripada kita.

Punca Anak Hilang Selera Makan




1. Makan berseorangan. Anak memang tak suka makan sorang-sorang. Sebab tu kalau kita perhatikan diorang makan banyak bila berkumpul ramai-ramai atau apabila disuap secara berjemaah. Perasan tak?

2. Memilih makanan. Ada kanak-kanak dah pandai memilih. Kalau tak kena dengan selera ditolaknya pinggan nasi mentah-mentah gitu ja. 

3. Kembung perut atau sebu. Bila perut kembung mulalah rasa tak selesa dan hilang selera makan.

4. Masalah cacing. Ini pun perlu diperiksa jugak. Bila perut ada cacing selera makan anak-anak mudah hilang atau terbantut.

5. Hidangan menu makanan berulang-ulang.  Ini pun mempengaruhi juga sebenarnya. Alangkan kita sendiri pun mudah bosan dengan menu yang sama inikan pula anak-anak yang sedang membesar.

6. Cara penyediaan makan yang tidak menarik. Jangan terkejut ya ada sesetengah kanak-kanak tertarik untuk makan bila lihat makanannya cantik dan dihias indah. Ala dihias bentuk pokok pun dah cantek sebenarnya. Ia mempengaruhi emosi anak untuk makan lebih lagi.

7. Bagi anak junk food sebelum waktu makan utama. Ini kesilapan yang patut dielakkan sama sekali. Elakkan bagi anak junk food atau snack setengah jam sebelum waktu makan utama. Sebabnya ia akan menyebabkan anak kenyang dan taknak makan makanan utama. Padahal junk food ni kenyangnya hanya la sementara.

Cara Tambah Selera Makan Anak Dengan Mudah Supaya Tak Runsing Lagi


Ada cara mudah dan selamat untuk menambahkan selera makan anak. Sediakan minuman yang lazat dan penuh nutrisi menggunakan Meal Shake Shaklee. Kenapa Meal Shake? Biar saya terangkan kelebihannya dalam membantu menambah selera makan anak-anak kita.



Kelebihan Meal Shake

  1. Mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap oleh tubuh badan manusia tak kiralah bayi,kanak-kanak, orang dewasa atau warga emas.
  2. Menyediakan 24 jenis vitamin,mineral dan zat perlu yang diperlukan oleh badan.
  3. Mengandungi lesithin yang berkerjasama dengan vitamin larut le,ak
  4. Membekalkan nutrisi kepada tubuh, kaya dengan sumber protin (tidak mengandungi lactosa) serta menolong membina sel-sel kulit,kuku, rambutorgan badan,darah dan meningkatkan sistem imun badan.
  5. Asid folik, biotin, kalsium dan magnesium yang terdapat dalam Meal Shake membantu tumbesaran tulang dan sel-sel badan untuk membesar.
  6. Mengandungi Vitamin A, C,E dan Selenium yang bertindak sebagai anti oksidan bagi melawan jangkitan.
  7. Mengandungi B Complex yang lengkap ,zat besi, copper untuk membina sel-sel darah merah yang sihat
  8. Kaya dengan serat larut yang membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan daripada perut dan usus.

Siapa yang Memerlukan Meal Shake?


  • Kanak-kanak yang kurang selera makan
  • Kanak-kanak yang sedang membesar
  • Ibu mengandung
  • Orang sakit yang ada masalah sembelit
  • Mereka yang nak tambah berat badan
  • Para atlet

Testimoni Meal Shake











Meal Shake bukan sahaja mampu tambah selera makan anak kita tapi boleh juga menguatkan antibodi badan untuk melawan jangkitan penyakit. Sebab tu makin ramai ibu-bapa yang memilih untuk memberi Meal Shake setiap hari untuk anak kesayangan mereka.

Sekiranya anda inginkan kesihatan, perkembangan anak yang sihat pilihlah untuk mencuba Meal Shake.  Hubungi saya segera untuk mendapatkan meal Shake sebagai salah satu cara tambah selera makan anak dengan mudah supaya tak runsing lagi.  

Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra
FB : Umi Kalsom Awang Hat
Instagram : www.instagram.com/@umikalsomawanghat
Tuesday, February 02, 2016

BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU MENGHILANGKAN KETAGIHAN MEROKOK

by , in
Assalamualaikum semua. Dah lama Umie tak berkesempatan kemaskini belog tercinta nie. In Sha Allah sedang mencuba membahagikan masa supaya sentiasa ada masa untuk berkongsi tips2, panduan dan lain-lain dengan semua pembaca.

Mesti ramai yang dah pernah dengan VIVIX kan? Dah mesti ramai jugak tahu yang Vivix ni mampu membantu menghilangkan ketagihan merokok bagi perokok tegar. Persoalannya bagaimana Vivix membantu menghilangkan ketagihan merokok? Haa.... itula yang bakal umie olah dalam entry kali ni supaya semua orang faham cara Vivix memainkan peranannya.


Bagaimana Vivix Membantu Menghilangkan Ketagihan Merokok?



1. Vivix men- detox kan nikotin dari dalam darah, organ dan sebagainya. Bila nikotin dalam badan dah takde rasa ketagih nak nikotin itu pun hilang.

2. Orang merokok merasakan satu "feeling" apabila mereka menghisap rokok. Ini lah puncanya bila mereka ni berhenti merokok, otak seolah-olah memanggil-manggil  untuk hisap rokok semula bagi mendapatkan "feeling" tersebut. Vivix boleh memberikan "feeling" tersebut yang buatkan mereka ni tak rasa terpanggil untuk merokok.

3. Vivix mengurangkan simptom withdrawal bila berhenti merokok. Simptom withdrawal ini teruk jugak la. Sebab itu lah apabila seseorang tu berhenti merokok mengejut pelbagai penyakit datang menyerang. Senang nak terangkan badan "terkejut" dengan keadaan badan yang dah tiada nikotin. Ni la peranan encik Vivix  untuk meredakan kejutan tersebut.

Macam tu la caranya Vivix memainkan peranannya untuk membantu perokok menghilangkan ketagihan merokok. Dicadangkan sebaiknya Vivix diambil bersama DTX Complex untuk detoks segala benda yang ada dalam organ dalaman terutama hati.

Testimoni Mereka Yang Berjaya Berhenti Merokok Dengan Vivix












Untuk melihat dan membaca bagaimana Vivix membantu:

1.  Melambatkan penuaan sila klik >> >>>>>>>  Vivix Anti Penuaan

2. Membantu untuk berhenti merokok >>>>>>>Vivix Bantu Untuk Berhenti Merokok


Sekarang jelas tak bagaiman vivix membantu menghilangkan ketagihan merokok?  Bukan lah shaklee sengaja claim mampu buat perokok tegar berhenti merokok tanpa asas yang kukuh, 

Umie nak share berita baik bagi mereka yang teruja nak bantu suami hilangkan ketagihan merokok kerana bulan ini Vivix boleh didapati dengan harga jauh lebih murah berbanding bulan-bulan yang lain. Saya sedang dalam usaha untuk bantu suami berhenti merokok. Saya akan share hasilnya nanti. Jom join saya sama-sama bantu suami kita supaya hidup lebih sihat. Chewaahhh...

Hubungi saya segera bagi mendapatkan Vivix untuk diri sendiri dan juga pasangan anda.

Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra
FB : Umi Kalsom Awang Hat
Instagram : www.instagram.com/@umikalsomawanghat


Saturday, January 09, 2016

MASALAH BERKAITAN PENYUSUAN DAN CARA MENGATASINYA SUPAYA DAPAT MENYUSU DENGAN SEMPURNA

by , in

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah pagi ni Allah beri saya peluang dan sedikit masa supaya saya dapat berkongsi sedikit ilmu tentang masalah berkaitan penyusuan dan cara mengatasinya supaya dapat menyusu dengan sempurna.

Sebenarnya saya pun masih hijau dalam ilmu penyusuan ni. Saya hanya mampu menyusukan anak saya secara eksklusif selama 1 tahun 6 bulan. Selepas itu dah bercampur dengan susu formula. Ralat sebenarnya sebab rancangan asal saya adalah lengkapkan penyusuan eksklusif selama 2 tahun. Namun saya redha ketentuan Allah itu tentu ada sebabnya. Saya belajar dari kesilapan yang lalu supaya di masa akan datang saya mampu melengkapkan impian penyusuan saya dengan jayanya. Alhamdulillah Allah masih lagi memberi peluang untuk saya susukan anak saya sehingga sekarang (anak dah berumur 2 tahun 1 bulan).

Saya faham dan yakin semua ibu-ibu yang menyusukan anak ada cabaran masing-masing. Bukan mudah tapi tak juga terlalu susah. Oleh itu, pagi ni saya nak bincangkan 3 jenis masalah berkaitan penyusuan dan cara mengatasinya supaya dapat menyusu dengan sempurna dan tak panik bila tiba-tiba diduga dengan masalah ini.

Masalah berkaitan Penyusuan Dan Cara Mengatasinya




1) Bengkak Susu

Bengkak susu adalah masalah sementara yang terjadi di antara hari kedua hingga kelima selepas melahirkan anak. Ada jugak yang masih diserang bengkak susu ketika tempoh 44 hari berpantang. Bengkak susu ni terjadi disebabkan gabungan peningkatan tekanan darah yang disalurkan kepada payudara kita dan tekanan yang berlaku pada awal-awal pengeluaran susu badan. Tisu-tisu dalam payudara kita membengkak. Ada sesetengah yang mungkin mengalami sedikit demam, sakit,payudara tegang dan kawasan sekitar payudara panas serta tak selesa. 

Cadangan Pemulihan

  • Kerapkan penyusuan secara terus dengan bayi. Seeloknya setiap satu jam atau dua jam sekali.
  • Mengepam susu bagi melegakan tekanan. Buat perlahan-lahan.
  • Pakai pelembap pada payudara selepas 30 minit menyusukan bayi dan urut perlahan-lahan ketika menyusukan anak bagi melancarkan pengeluaran susu.
  • Jangan guna puting tiruan bagi mengelakkan bayi terkeliru antara puting sebenar dan puting tiruan. Ia juga akan menyumban kepada penyusutan pengeluaran susu badan.
  • Susukan bayi mengikut keperluan bayi (Supply versus Demand).
  • Jangan sesekali melambatkan atau tidak ikut jadual penyusuan siang ataupun malam. 
  • Elakkan menyimpan atau membeli susu formula di rumah. Secara psikologinya ia boleh mendorong kita memberi anak minum susu formula terutamanya bila susu badan tiba-tiba menurun.
  • Dicadangkan bagi bayi baru lahir penyusuan dilakukan sekurang-kurangnya lapan ke dua belas kali sehari atau setiap 15 minit bagi kedua-dua belah payudara.

2) Jangkitan Kuman Pada Payudara

Jangkitan kuman pada payudara boleh terjadi akibat bakteria (dipanggil Staphy-lococus aures) memasuki payudara melalui ruang rekahan pada puting payudara. Selalunya ia terjadi kepada ibu-ibu yang baru beberapa minggu melahirkan anak. Tanda-tanda terjadinya jangkitan kuman pada payudara adalah payudara kemerah-merahan,simptom selsema, keletihan dan demam yang tinggi. Jika tanda-tanda ini terjadi cepat-cepat la jumpa doktor untuk sahkan.

Cadangan pemulihan

  • Minum air kosong secukupnya. Minum sedikit tetapi kerap sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
  • Berehat secukupnya
  • Tiapkali selepas menyusukan anak basahkan puting payudara dengan air susu bagi mengelakkannya dari kering.
  • Lap puting payudara dengan kain yang dicelup dengan air suam.
  • Doktor mungkin menasihatkan berhenti untuk seketika dari menyusukan bayi secara terus. Guna cara alternatif dengan memerah susu menggunakan pam bagi mengelakkan bengkak susu.
  • Selalu basuh tangan sebelum dan selepas menyusukan anak dan selalu bersihkan puting payudara selepas setiap sesi penyusuan.

3) Sakit pada Puting Payudara

Puting payudara akan sakit atau terluka jika tidak menggunakan teknik penyusuan yang betul, posisi penyusuan tidak sesuai dengan bayi dan juga bayi tidak melekap dengan sempurna. Ia mungkin juga disebabkan oleh jangkitan kuman ( Candida albians).

Cadangan Pemulihan

  • Susukan bayi pada payudara yang tak sakit terlebih dahulu. Tetapi jika kedua-duanya sakit urut dahulu payudara sehingga susu menitis dengan sendirinya.
  • Pastikan bayi hisap keseluruhan kawasan hitam puting payudara (aerola) supaya lekapan penuh. Jangan sesekali tarik puting payudara setelah bayi mula menghisap susu. Bertenang dan cuba tarik nafas panjang-panjang.
  • Urut payudara dari dalam keluar untuk mengelakkan bengkak susu. Lakukan dengan kerap bermula daripada minggu-minggu akhir kehamilan dan disambung ketika berpantang.
  • Sapu krim yang selamat dan bebas bahan kimia pada payudara bagi mengelakkan kekeringan.
  • Susukan anak secara kerap dan elakkan anak terlalu lapar. Kalau anak terlalu lapar dia mungkin cenderung untuk menghisap puting secara rakus.
  • Tukar posisi penyusuan secara kerap untuk mengurangkan tekanan mulut bayi pada puting payudara. Pastikan puting payudara sentiasa lembap.

Cadangan Pengambilan Supplemen Ketika Menyusukan anak


Energizing Soy Protein
  • Dicadangkan mengambil produk protin yang mengandungi asid amino yang diperlukan oleh badan kita. Ia penting kerana protin sangat-sangat diperlukan oleh ibu yang sedang menyusukan anak. Sebaiknya pilihlah protin berasaskan tumbuh-tumbuhan kerana ia lebih mudah dicerna berbanding dri sumber haiwan.
  • ESP dihasilkan berasaskan tumbuh-tumbuhan dan mengandungi kesemua asid amino yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  • ESP juga boleh membantu memekatkan susu badan kita supaya bayi cepat kenyang.

Ostematrix (Pil Kalsium)

  • Setiap ibu menyusu disarankan mengambil 1,000 hingga 1,500 mg kalsium setiap hari.
  • Dengan pengambilan 4 biji kalsium sudah  cukup untuk menampung keperluan badan seorang ibu menyusu.
  • Kalsium yang mencukupi juga penting bagi mengelakkan tulang,sendi kita dari mudah lenguh atau sengal. Ini kerana setiap kali kita menyusukan bayi kalsium turut diserap bersama-sama dengan susu.

Vita Lea (Multi vitamin  & Mineral)

  • Badan ibu menyusu dan bayi memerlukan multi vitamin bagi memperbanyakkan pengeluaran susu juga memberi tenaga tambahan kepada kedua-duanya.
  • Ibu menyusu perlukan multivitamin bagi mengimbangi nutrien yang dah hilang di awal kelahiran bayi.

B Complex (Asid Folik)

  • Harus diingatkan asid folik penting tau untuk mengelakkan ibu menyusu daripada stress. 
  • B complex adalah supplemen bersifat anti tekanan
  • Pilihlah B Complex yang mengandungi 8 jenis vitamin B yang amat diperlukan tubuh seperti Biotin dan Niacin. Kebanyakan B Complex mengandungi kandungan Biotin dan Niacin yang rendah.

Vitamin C

  • Badan kita memerlukan 3,000 mg vitamin c setiap hari yang mana badan kita tak mampu hasilkannya.
  • Penting bagi menguatkan sistem imun badan ibu menyusu supaya tidak dijangkiti penyakit dengan mudah
  • Vitamin C juga mampu mengekalkan wajah yang lebih berseri-seri serta tidak kusam.
  • Vitamin C Shaklee mengandungi bioflavonoid yang membantu meningkatkan keberkesanan vitamin c dalam tubuh kita. 


Untuk baca cerita pengalaman penyusuan saya klik Pengalaman Penyusuan Anak Syurgaku

Berminat untuk cuba set penyusuan lengkap? Klik Set Penyusuan Lengkap Shaklee



Diharap perkongsian saya hari ni dapat membantu ibu-ibu yang sedang menyusukan anak masing-masing. Jangan khuatir jangan runsing kerana setiap masalah ada penyelesaiaanya. Jika inginkan konsultasi suplemen yang sesuai untuk ibu menyusu jangan segan-segan untuk hubungi saya.

Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra
FB : Umi Kalsom Awang Hat
Instagram : www.instagram.com/@umikalsomawanghat
Thursday, January 07, 2016

17 Kelebihan Zink Yang Menakjubkan Dan Pelbagai Khasiat

by , in
Ramai yang dah tahu bulan ini Shaklee promosikan Vivix, Vita Lea untuk kanak-kanak dah juga Zink. Memang istimewa promosi kali ni kerana selepas ini Zinc akan dihentikan pengeluarannya. Sampai bila pun kita tak tahu. Oleh itu, sangat lah rugi kalau tak grab awal-awal dan buat stok kat rumah. Lepas ni dah payah dah nak beli Zinc ni tau. Sebab tulah tugas saya nak war-warkan pada semua supaya takde yang menyesal nanti.

Jangan pandang botol kecil tak banyak keistimewaan tau. Belum cuba belum tau hahahaha... Meh saya cerita 17 kebaikan Zink Complex yang ramai tak tahu. Jom terjah.


17 KELEBIHAN ZINK

Zinc ni biasanya dikaitkan dengan kesuburan lelaki & keguguran rambut... tapi Zinc sebenarnya sangat banyak khasiat dan faedahnya utk kesihatan kita. Jom kita semak khasiat2 dan kelebihan Zinc.

1. MASALAH JERAWAT: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat. Ia lebih baik dari penggunaan antibiotik.

2. EKZEMA: Ekzema atau ectopic dermatitis antaranya disebabkan oleh kekurangan zink dalam badan.

3. MENYEIMBANGKAN HORMON : Zinc mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan.

4. KESIHATAN KULIT : zink berkait rapat dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

5. PENYEMBUHAN LUKA: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

6. GANGGUAN PROSTAT: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

7. MENURUNKAN BERAT BADAN: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.

8. KEHAMILAN: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
   
9. KESUBURAN & PEMBIAKAN: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.


10. FUNGSI BIOLOGI: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

11. MENGAWAL JANGKITAN : Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

12. ANTIOKSIDAN: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

13. ENZIM: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.

14. KELESUAN KRONIK: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil makanan yg kaya dengan zink.

15. BOTAK: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut

16. KEMEROSOTAN TULANG: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.

17. RABUN MALAM: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.


Haaa sesiapa yang ada masalah di atas, sila lah ye... Zinc bulan ni beli 4 dengan harga 3 botol. Jangan diri anda dibelenggu masalah kesihatan tanpa usaha untuk mengatasinya. Pilih la produk yang selamat dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.

Jika perlukan konsultasi jangan segan-segan untuk hubungi saya.

Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra
FB : Umi Kalsom Awang Hat
Instagram : www.instagram.com/@umikalsomawanghat