Wednesday, March 18, 2015

HEBATNYA SEDEKAH MAMPU SUCIKAN HATI DAN MAGNET UNTUK LIPATGANDAKAN REZEKI

by , in


Bila kita bercakap tentang sedekah mungkin ada yang beranggapan tiada keperluan bersedekah kerana diri sendiri pun tak berapa nak cukup makan pakai dan untuk urusan kehidupan seharian. Walhal bersedekah itu indah. Sedikit sahaja memberi pun sudah dikira sedekah. Allah sudah menjanjikan bahwa sedekah tidak akan mengurangi harta kata melainkan ALLAH akan menggantikan dengan berlipat ganda.

Kenapa Kita Perlu Bersedekah?


Bersedekah sebenarnya mampu menyucikan hati dan bersihkan jiwa kita. Tak percaya? Cubalah dan rasai sendiri ketenangan hati dan jiwa yang sukar nak digambarkan. Sedekah lah walaupun hanya seringgit. Ada rezeki insan lain dalam harta kita yang patut kita sedekahkan.



Bersedekah juga melipatgandakan rezeki kepada kita. "Perumpamaan nafkah yang dikeluarkan oleh orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir,pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui" (QS Al-Baqarah 2:261)



Seterusnya amalan sedekah terdapat di dalamnya kelapangan dada,kenyaman dan ketenangan hati. Setiap kali bersedekah,makin menguat kebahagiaan dan makin besar kesenangan. Allah Ta'ala berfirman " Barangsiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung " (QS 59:9)





Kenapa Sedekah, Infaq & Zakat itu Wajib? from iReach HD on Vimeo.

Cara Bersedekah Yang Mudah


Bagi lelaki ringan-ringankanlah bersedekah setiap kali pergi ke masjid. Ia boleh dijadikan permulaan bagi mendidik hati untuk bersedekah. On the way nak pergi kerja jika ternampak orang yang memerlukan ringankan tangan seluk poket untuk sedekah. Subhnallah indahnya kalau kita ringan tangan untuk infak ke jalan Allah.

Bagi perempuan pulak sesekali scroll fb jika ternampak post yang memerlukan sumbangan save maklumat yang sepatutnya. Dapat gaji buat online transfer. Mudah Kan? Tapi make sure selidik betul-betul kesahihan agar sedekah sampai kepada yang betul-betul memerlukan.

Macam mana nak didik anak-anak dan keluarga untuk bersedekah? Boleh mulakan dengan konsep "Tabung Subuh". Boleh ja amik bekas ESP yang dah kosong dan jadikan tabung. Amalkan masukkan duit seikhlas yang mungkin selepas mengerjakan solat subuh. Cukup bulan sedekahkan kepada yang memerlukan. Seronok kan jika dapat didik anak-anak bersedekah sedari kecil lagi.


3 cara untuk mendapatkan pahala berterusan setelah meninggal dunia ialah beri sedekah, kongsi ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang solat. 


Saya doakan semoga diri saya dan pembaca entry nie diringankan tangan dan hati untuk bersedekah. Semoga kita sama-sama memperoleh ketenangan hati dan keberkatan dalam rezeki kita seharian.
 wallahualam.....
Saturday, March 07, 2015

Ibu Berpantang Trauma Sembelit?Atasi Dengan Set Berpantang Shaklee

by , in
Rasanya sembelit ketika berpantang memang dah sinonim kan? kebanyakan ibu-ibu yang berpantang mesti kena sembelit. Samada teruk atau tidak ja. Selalunya doktor bekalkan ubat sembelit siap2.
Sakit sembelit waktu dalam pantang tak sama dengan sembelit waktu hari-hari biasa. Betul tak? Hanya yang pernah merasai akan paham perasaan macam mana menghadapi sembelit ketika berpantang. Nak tau cara nak elakkan sembelit ketika berpantang? Teruskan membaca.......

Saya kenal dengan Shaklee bermula dengan set berpantang shaklee. Waktu tu tak berapa yakin pun dengan kebaikan shaklee nie. Tapi orang cakap kan tak kenal maka tak cinta. Saya mula dengan pengambilan ESP untuk memberi saya tenaga yang segera. Yup .... memang rasa bertenaga sangat. Takde la sampai melepet ja sepanjang tempoh bersalin. ESP bantu topup protin yang diperlukan dalam badan saya.

Vita Lea pun saya ambil di awal pagi selepas breakfast. Memang badan rasa segar ja. Muka pun tak pucat. Vita Lea ni sebagai multivitamin bagi melengkap keperluan nutrisi dalam badan.

Vita C pun saya ambil. Ni bagi meningkatkan antibodi saya. Maklumlah selepas bersalin secara pembedahan saya tak boleh terlalu aktif macam orang lain. Berurut pun kena jaga-jaga. Tak Boleh sntuh bahagian perut. Mak mentua selalu marah kalau nampak saya berjalan laju hehehe....

Zinc Complex pulak sangat penting untuk membantu proses pemulihan luka kita. Kita tak tahu macam mana teruk luka dalam badan kita. Zinc memang sangat membantu memulihkan luka selepas pembedahan dan juga luka dalam perut selepas bersalin.

Ostematrik memang saya tak tinggal. Telan 4 biji sebelum tidur. Subhanallah sakit badan memang kurang sangat. Once kita dah melahirkan anak tubuh badan kita memang akan rasa sengal-sengal dan lenguh sebab angin banyak dalam badan. Tambah-tambah lagi kalau menyusu. Lagilah sangat perlu suplemen kalsium sebagai tambahan dalam pemakanan harian.Angin dalam badan pun kurang.

  B Complex pulak saya ambil bagi mengurangkan stress dan menstabilkan hormon saya. Maklumlah bersalin anak pertama belum pandai lagi menguruskan anak kecil hehe...

Ni la set berpantang yang saya ambil yang banyak membantu saya dalam tempoh berpantang dan menyusukan anak saya. Ops.. saya add on jugak Alfalfa untuk melancarkan pengeluaran susu saya dan rawat dalaman saya.


Ni saya nak share Shaklee effect seorang pengguna set berpantang shaklee. Dulu dia serik nak beranak lagi sebab rasa lemah dan terseksa ketika pantang. Apa yang buat dia berubah? Jom tengok video nie sampai habis ....




Buat semua ibu yang bakal berpantang atau sedang berpantang saya doakan kalian semua takde lah terpaksa berhadapan dengan masalah sembelit sampai trauma ya. In Sha Allah jika betul caranya kita dapat berpantang dengan gembira dan bahagia.  Jemput baca Masalah Biasa Dialami Ibu Selepas Bersalin sebagai panduan bersama.






Wednesday, February 04, 2015

BAYI ANDA DIJANGKITI RUAM?ATASI DENGAN CARA SEMULAJADI DAN SELAMAT

by , in
Ibu mana yang tak risau bila badan dan muka anak naik ruam merah-merah. Kita yang tengok pun tak selera apa lagi si kecil yang tak reti nak cakap "mama saya gatal sangat kat muka nie, tolongla garu". Memang sedih beb.

Saya sendiri bulan lepas waktu tukar lampin anak perasan merah-merah kat bahagian punggung anak. Patutla tengah tidur pun anak asyik menggaru ja. Mula gelabah cari krim sapu kat tempat naik ruam tu. Nasib baik lah saya memang selalu simpan stok Krim Herbal Blend Pelbagai Guna. Cepat-cepat sapu kat bahagian yang kena ruam. Asal tukar lampin,lepas mandi,sebelum tidur mesti saya sapu krim Herbal Blend kat tempat gatal. Dalam 3 hari macam tu perasaan kesan ruam tu dah hilang 100%. Since that day (speaking la pulak hehehe....) saya memang jadikan amalan sapu herbal blend kat badan anak especially bila perasan badan anak mula dah ada kesan lebam-lebam dan ruam-ruam. Maklumlah budak tengah lasak kan hehehe....




Kenapa saya pilih Krim Herbal Blend Pelbagai Guna?


Sebab utama saya pilih Krim Herbal Blend Pelbagai Guna ni adalah kerana ia adalah semulajadi dan tiada chemical. So selamat untuk bayi saya. Saya memang dah target dari awal lagi nak cuba kurangkan anak dari sebarang bahan yang ada chemical. So nie antara langkah pertama saya.

Yang kedua sebab ia berangin dan tidak melekit (ada mentholatum). Macam krim-krim biasa yang lain melekit. Bila apply kat badan anak once dia berpeluh mula lah melekit-lekit. Ini antara punca terjadinya ruam kat badan anak kita. Sebab taknak jadi macam tu la saya bertukar kepada Krim Herbal Blend ni. 

Yang ketiga adalah kerana Krim Herbal Blend PELBAGAI GUNA. Saya boleh pakai kat tumit kaki saya yang pecah-pecah. Ops pecah rahsia hehehe...Pecahkan lemak kat bahagian perut pun boleh. Saya selalu amalkan sapu kat bahagian pelipat contohnya siku dan lutut. Jangan tak tahu Herbal Blend Krim juga boleh kurangkan panas badan anak kita tau. Cuma saukan kat seluruh badan anak setiap kali lepas mandi. Suhu badan anak memang akan turun.Sebab tu la namanya pelbagai guna.

Yang Terakhir sekali punca saya jatuh cinta dan tekad untuk guna Krim Herbal Blend ni adalah kerana harganya yang sangat berpatutan. Bayangkan untuk sati tiub 113 gram hanya berharga RM27.50. Boleh digunakan satu famili pulak tu. 

Personally sebagai seorang ibu saya memang sangat-sangat galakkan setiap keluarga ada sekurang-kurangnya 1 tiub Krim Herbal Blend. Ubahlah dari menggunakan krim yang ada chemical . Lagi satu tahan lama. Anda hanya perlu oles sikit ja kat bahagian badan anak yang dah kena ruam. Jom saya sharing customer-customer yang memang puas hati sejak pakai Krim Herbal Blend Pelbagai Guna nie.

Testimoni Pengguna Krim Herbal Blend








Harga Krim Herbal Blend Pelbagai Guna

HANYA RM27.50 UNTUK SATU TIUB. Sangat berbaloi untuk anda dan keluarga anda.


Semoga perkongsian saya memberi manfaat dan penyelesaian kepada ibu-ibu yang risau anak dijangkiti ruam. Atasilah masalah ruam anak anda dengan cara semulajadi dan selamat. Masa depan anak anda di tangan anda... Anda mampu mengubahnya heheheh...macam iklan tv pulak.

Wassalam.......



Monday, February 02, 2015

CARA KURANGKAN MORNING SICKNESS YANG MUDAH DAN SELAMAT

by , in
Assalamualaikum......

Semua pasangan nakkan cahayamata sebagai penyeri rumahtangga kan?Semua mak ayah, mak ayah mertua nakkan cucu penyambung zuriat keturunan masing-masing. Bila dapat ja tahu menantu atau anak perempuan masing-masing disahkan hamil seronoknya tak terkata. Bak kata orang gembira sampai tak terucap. Ya memang macam tulah perasaannya. Best sangat terutamanya bagi yang baru nak dapat bayi pertama. Korang excited tak bila kali pertama dapat tahu dah hamil? Indah kan? (tiba-tiba terimbau kisah 2 tahun lepas hihihi). Alham

Tapi..... ingat ya banyak cabaran yang kita kena lalui sepanjang tempoh sembilan bulan mengandung. segalanya bermula dengan cara tak sama... Pengalaman setiap ibu hamil memang tak sama. Ada sesetengah orang takde langsung loya-loya ataupun lemah-lemah badan. Tapi ada pulak yang sampai terpaksa amik cuti kerana morning sickness yang sangat teruk.

Macam saya dulu awal-awal hamil loya-loya biasa ja. Ada la 2-3 kali muntah. Tapi bila malam selesai ja masak makan malam memang rebah mencari bantal. Melepek terus kat bilik. Sampai husband balik terpaksala suruh dia serve makanan sendiri hehehe... Macam mana dgn mommies semua? u ools punya 1st trimester pregnancy macam mana?

Bercakap tentang morning sickness nie memang dah sinonim dengan kehamilan. Bak kata orang memang expected la. Tapi kan...ramai tak tahu ada sebenarnya suplemen yang mampu mengawal dan mengurangkan tahap keloyaan,kemuntahan ibu-ibu hamil. Suplemen apa tu? Jeng3x.......


Peppermint Ginger Plus 




Peppermint Ginger Plus nie adalah gabungan daripada 4 jenis herba iaitu daun pudina, halia , pokok adas dan cekur manis. Hasil dari gabungan herba-herba yang sangat sinonim dengan rawatan tradisional maka terhasil la peppermint Ginger Plus.

Antara manfaat utama herba-herba yang saya sebut tadi ialah..........


Pudina 

- Melegakan otot perut
- Mempunyai kesan penenang
- Membantu pengahadaman
- Melegakan gastrik
- Merawat pedih hulu hati
- Melegakan cirit-birit
- Melegakan kesan sampingan seperti muntah dan hilang selera dari rawatan kimoterapi
- Menyekat demam jika selsema 
- Memelihara pemikiran yang jelas dan sentiasa fokus


Halia

- Merangsang rembesan enzim salvia untuk pencernaan makanan
- Melegakan ketidakselesaan perut dan usus
- melegakan sakit haid
- Mengurangkan loya dan mual angin ketika mengandung
- Merawat ibu baru lepas bersalin
- Menghilangkan mabuk laut


Pokok Adas 

- Ambil 1 biji selepas makan boleh menghilangkan kembung perut
- Melegakan sakit perut
- Melegakan sakit flu
- Membantu masalah alergi pada saliran usus.


Cekur Manis


- Melegakan masalah pencernaan dan gejala sakit haid, batuk dan kahak
- Merangsang jus gastrik untuk pencernaan
- Memberi peredaran tenaga di dalam badan


Nak tahu tentang Set Kehamilan lengkap? Klik Set Kehamilan Lengkap Murah & Berbaloi

Testimoni Dari Pengguna Peppermint Ginger Plus









Cadangan Cara Pengambilan Peppermint Ginger Plus



Penghadaman >>>  3 biji selepas makan

Cuci usus dan perut >>> Larutkan peppermint dan 10 biji alfalfa di dalam air panas/suam dan minum

Gastrik, nausa & batuk  >>> 3-5 larut dalam air panas menjadi teh herba. kemudian minum 

Kelegaan tekak,batuk & selsema >>> Hisap 2 biji

Plan bercuti ketika hamil? Ketahui tips yang berguna dengan klik Tips Melancong Bagi Ibu Hamil 


Berapa Harga Untuk Sebotol Peppermint?



HANYA RM47.50 UNTUK 90 BIJI



RM47.50/90 BIJI = RM0.53/SEBIJI.



Murah je kan????



Jadi apa tunggu lagi??? Jangan biarkan diri anda lemah dan muntah-muntah. Dapatkan Peppermint Ginger Plus sekarang. Pastikan diri anda mampu cergas semula walaupun hamil. 

Semoga mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Wassalam.


- Hubungi -

Umi Kalsom Awang Hat
Pengedar Shaklee Sah Anda

SMS/Call/Whatsapp:
017-4997159

Email:
umie5zal@gmail.com

Shaklee ID:
1096881