Showing posts with label set menyusu 3m. Show all posts
Showing posts with label set menyusu 3m. Show all posts
Monday, November 10, 2014

Bagaimana Shaklee Menaikkan Selera Makan Anda

by , in




Sejak dlu kita dok dengar  ttg Meal Shakes, B Complex,Vita Lea yg bantu naikkan selera makan kan... Macamana produk2 ni naikkan selera makan?

- IA MENAIKKAN SELERA MAKAN SECARA SEMULAJADI

Macamana?

Mula2 kita peratikan dulu ape penyebab selera makan jadi hilang:-
>>> masalah emosi seperti BOSAN, TERTEKAN, SERABUT, GABRA, MEMENDAM 
        PERASAAN, TAK FOKUS
>>> kesan dr pengambilan ubat
>>> bakteria & virus misalnya hidung berhingus
>>> badan terlalu lesu
>>> sakit kronik (mungkin belum disedari)
Kita ambil contoh yg kurang selera makan krn masalah emosi. Masalah emosi ni selalunya ia tak nampak. Nampak macam OK tp kat dalam rupanya memendam rasa.

Jd dia amik b Complex

B Complex ni salah satu fungsi dia menghasilkan ketenangan. Emosi jd lebih stabil. Selera makan pun kembali. Lagi2 kalo kurang minum air, lagila asyik nak makaaaaaan je.

Begitu juga bg kanak2 dan orang dewasa yg amik Mealshakes.

Meal Shakes bukan 'ubat suruh gemuk dan berselera'. Vitamin ni keperluan badan kita, bkn amik masa perlu saja.
Tp tubuh kita ni bijak. Dia tahu kalau dia ada kekurangan zat, jd dia bg petunjuk. Paling mudah, bila kita rasa haus, maknanya badan perlu air. Kadang2 rasa teringin makan coklat, sbb badan kurang potassium.
Oleh itu genapkan keperluan vitamin kita, utk elakkan kita teringin nk makan benda bukan2 yg high calorie.
(Vitamin tidak menggemukkan sbb ia tiada kalori.)

Lagi satu produk dalam set tambah selera ialah Vita Lea


Vita Lea pulak umum dah tau ia bertindak sebagai pelengkap nutrisi,membantu stimulasi metabolisma,pertumbuhan sel baru,pemberi tenaga pada tubuh kita. Bila kita amik vita lea secara automotiknya badan kita akan lebih bertenaga,pertumbuhan sel baru kita berfungsi dengan baik sudah semestinya ia mempengaruhi penyerapan segala zat-zat yang seterusnya meningkatkan selera makan kita.

Paham dah? Sebenarnya realiti yang berlaku cara hidup kita yang tak sihat,stress berlebihan serta pengambilan pemakanan yang tak seimbang telah menyebabkan kita kekurangan nutrisi. Sebab tu kita kurang selera makan.

Jadi di samping amik set tambah selera makan Shaklee jangan sesekali abaikan cara hidup sihat, cuba sedaya upaya elakkan pengambilan ubat-ubatan serta cuba belajar kawal stress.





Top of Form
Friday, November 07, 2014

Kenali Amalan Tidur Si Manja

by , in

Saya ingat lagi waktu dalam pantang dulu Ashraf selalu menangis malam. Dah la dia nangis suara tak berapa nak keluar. Dugaan untuk saya kecil ja jika nak dibandingkan dengan ibu-ibu lain yang anak ada masalah jantung, penyakit kronik dan macam2 lagi. Ashraf waktu lahir dia nangis beria dah tapi suara slow mcm tersekat2.Terpaksa masuk NICU sejam lps dia dilahirkan. Bila check pakar cakap kemungkinan besar waktu pembedahan ada sedikit kasar time nak tarik baby keluar dari perut.

Tapi sekarang Alhamdulillah semua dah kembali jadi normal. Ashraf dah fully recover waktu umur dia 6 bulan. Syukur sgt2.

Jauh dah cheq melalut hehehe...(mengimbau kisah lama la pulak). Based pada pengalaman pertama saya jaga si manja Ashraf saya realize beberapa perkara. Antaranya baby sangat jarang menangis tanpa sebab. Yela jika dia menangis tengah malam mungkin sebab dia lapar,tidak sihat,lampin dah penuh,gangguan nyamuk atau mungkin sebab kembung perut. Anak saya sampai sekarang (dah nak masuk 1 tahun) terjaga tengah malam nak susu mesti dia menangis beria dulu hehehe...dah paham sangat dah.

Berbalik pada topik kita iaitu kenali amalan tidur si manja. Jom kita review 10 cara untuk merangsang tidur bayi.

1. Bayi mudah dijangkiti selsema yang buat dia tidak selesa dan sukar untuk tidur lena. Atasi ketidakselesaan bayi dengan sapu vick pada belakang leher,dada,bawah betis dan tapak kaki. Ini akan buat bayi berasa nyaman dan selesa.

2. Ruam lampin biasanya terjadi di sekitar punggung bayi. Periksa lampin bayi dan tukar jika da penuh. Saya amalkan pemakian Cloth Diaper pada Ashraf.  So xde masalah ruam jika tak tukar pada waktu tgh mlm.

3. Periksa perut bayi takut kembung. Saya amalkan sapu minyak halia pada perut bayi setiap kali lepas tukar lampin. Ia membantu untuk buang angin dari badan bayi.

4. Pakaikan pakaian yang dari jenis kapas dan pakaian yang nipis. Ini boleh elak bayi dari kepanasan di tengah malam.

5. Gusi bengkak,tanda nak tumbuh gigi. Rasa yang tak selesa buat bayi kita payah nak tidur. Berikan teether yang telah disejukkan dalam peti sejuk.

6. Pastikan waktu tidur dijadikan sebagai rutin setiap hari. Lama2 bayi kita akan terbiasa dan tidur dengan sendiri bila tiba waktunya.

7. Bawa bayi tidur kat tempat yang sama setiap hari. Ini akan buat bayi kita tahu bahawa itu adalah tempat tidur dia.

8. Semasa bayi tidur usap dan tepuk perlahan-lahan di bahagian belakang badannya. Ini akan bayi kita rasa tenang dan beransur tidur dengan nyenyak.

9. Dukung sambil berjalan dan dodoikannya boleh menyelesaikan masalah bayi menangis malam. Saya selalu buat mcm ni bila ashraf menangis tengah malam.

10. Elakkan bermain di tempat tidur. Katakan padanya temapt tidur bukan tempat bermain.


Credit : Majalah Pa&Ma Keluaran Julai 2013