SEBAB KENAPA DOKTOR ANTI SUPLEMEN

Kenapa Doktor Anti Suplemen? 👩💉



Suplemen atau makanan tambahan, adalah sesuatu yg masih kabur dan kurang diterima oleh orang2 kita.

Kenapa?

(1) Anggap suplemen sebagai pengganti

Bukannya sikit yg beranggapan "Aku tak makan makanan seimbang, so aku kena makan suplemen".

Suplemen bukan nak ganti makanan. Ingat angkasawan ke? Eh angkasawan pun makan okey. Diorang siap bercucuk tanam dalam kapal angkasa sana.

Suplemen, atau makanan tambahan ni, fungsi dia macam Matematik Tambahan (Add Math). Korang boleh ambik SPM tp taknak ambik subjek lain, nak amik Add Math je?

"Saya dah ambik Add Math, tak payah dah la ambik subjek lain"

Atau, Add Math je A+ tp yg lain semua F, ada hati nak apply masuk UTP? 😅

(2) Cari suplemen bila dah sakit

Suplemen bukan ubat. Memanglah ada orang guna alternatif as natural remedy (ala sama la macam minum air asam jawa bila batuk, etc). Tapi tu kalau sakit2 manja. Masalahnya bila dah sakit kronik baru nak makan suplemen.

Hat ni lah datang macam2 'pemakanan penyembuh penyakit blablabla' 'teh kencing manis' dan macam2 lagi.

Masalahnya bila ada yg tolak rawatan hospital sebab nak minum teh kencing manis,... tau2 makin teruk. Datang hospital, doktor pun takleh buat apa dah.

Bila doktor tanya "Kenapa pakcik tak datang hospital awal2?" jawapannya "Pakcik ikhtiar dgn teh kencing manis dulu..." Mau doktor tak naik angin?

Kalau dalam 10 orang pesakit, 6 yang macam tu, tak ke buat doktor2 terus pangkah je suplemen2 ni (benda2 yg dijual as mujarab utk macam2 penyakit tu categorized as suplemen if not on paper pun, bkn ubat berdaftar).

So ape nak buat?

1- Amalkan suplemen bukan sebab tak jaga makan. Tapi sebab dah jaga makan, aktiviti sihat, etc. Ingat Add Math?

2- Kalau sakit jumpa doktor, dapatkan rawatan... if nak cuba alternatif, tanya pendapat doktor dulu. Lagi2 kalau penyakit kronik. Nak makan suplemen pun, ubat jangan tak makan.

Nak makan suplemen jgn makan sebarangan, pilih betul2 yg ada kajian, terbukti berkesan (scientifically proven), jgn main ambik testimonial semata coz ramai je yg tipu testi.

Mudah-mudahan apa yg kita amalkan bg kebaikan kpd kita & org2 sekeliling kita.

Akacan,
iReach TravelPreneur

#copypaste
#credit to Lyna Noh

No comments:

Post a Comment