Panduan Memilih Multivitamin terbaik Tanpa Merugikan Wang Anda

Dulu-dulu waktu zaman belajar selalu berangan nak beli dan makan suplemen. Tempat yang dituju dah tentulah Farmasi. Telek punya telek  tak beli pun. Pertama sebab tak mampu nak konsisten amik suplemen. Yang kedua sebab tak tahu nak pilih yang mana satu. Semua nampak best ja. Tapi sekarang perkara macam tu dah tak terjadi lagi. Dengan memperbanyakkan pembacaan akhirnya saya dapat membuat pilihan yang tepat mengenai mutivitamin yang terbaik untuk saya pilih. Sebab itu lah sangat penting untuk kita terus belajar, cari, gali ilmu yang bermanfaat untuk kebaikan kita dan orang di sekeliling.  Apa panduan yang saya pakai untuk buat pilihan? Ni ha.... So hari ni saya nak kongsi panduan memilih multivitamin terbaik tanpa merugikan wang kita.

Sebenarnya suku kata "Multi" tu sendiri bermaksud berganda. Mineral yang ada dalam multivitamin adalah berganda. Sebab tu penting untuk kita memilih dengan bijak supaya multivitamin yang kita pilih memberi khasiat berganda dan nilai berganda kepada kesihatan kita.


Panduan Memilih Multivitamin Terbaik


Dr. Bruce B. Miller di dalam buku yang diterbitkan oleh beliau "Bagaimana Memahami Label-Label Makanan Tambahan" ada menggariskan 5 senarai untuk membantu kita membuat keputusan yang bijak sebelum membeli multivitamin.

1. Jangan pedulikan nama-nama keluaran yang berlebih-lebihan

Jangan pedulikan nama-nama keluaran yang berlebih-lebihan. Istilah yang berlebih-lebihan seperti"Lebih Kekuatan Tambahan" atau " Meganutririon power" digunakan untuk melariskan keluaran dan ia biasanya sekadar omongan kosong sahaja. Abaikan. Fokus lebih pada label.

2.Perhatikan amaun nutriennya

Pastikan multivitamin yang kita pilih menyenaraikan kandungan nutrien secara terperinci. Macam mana nak beli jika kandungan nutrien samar-samar atau langsung tak disenaraikan.

3. Pastikan amaunnya tersenarai mengikut US RDA


MDR adalah lebih rendah berbanding US RDA. MDR dah lama diberhentikan pada tahun 1973, tetapi masih ada pengeluar yang menggunakannya sebab ia menjadikan keluaran berkenaan kelihatan amat kuat walaupun pada hakikatnya sebaliknya.

4. Pastikan kesemua 19 nutrien dengan US RDA  tersenarai pada label

Badan kita memerlukan 12 jenis vitamin dan 7 mineral. Oleh itu rugilah kalau kita beli multivitamin yang tak cukup lengkap nutriennya. Jika silap buat pilihan kemungkinan besar kita tak dapat menyerap kebaikan yang terdapat dalam multivitamin tersebut. Sangat rugi kan?

Klik pada gambar untuk imej lebih besar
       

5. Pastikan peratusan US RDA diberi dengan tepat, bukan sekadar amaun nutrien sahaja

Hanya sebilangan pengguna yang ingat tentang amaun  US RDA bagi kesemua 19 nutrien dalam multivitamin. Label lengkap mengandungi peratusan bagi setiap nutrien yang dibekalkan dalam makanan tambahan tersebut. Ia membolehkan pembeli yang bijak supaya membandingkan amaun yang dibekalkan oleh keluaran pesaing dan menentukan samada makanan tambahan berkenaan membekal nutrien dengan nisbah yang betul. 

6. Jangan terpedaya dengan label-label yang dibesarkan.

Sesetengah label menyenaraikan sebilangan nutrien yang tidak terkandung dalam garis panduan US RDA. Memang betul tiada kesalahan mengenai hal ini, tetapi janganlah kita terpedaya dan memikirkan nutrien-nutrien tambahan ini lebih kuat atau lengkap.

7. Menghalusi setiap risalah yang terdapat pada keluaran berkenaan.

Memang ada sesetengah vitamin tak cukup ruang pada bahagian label untuk memberi segala maklumat yang diperlukan. Pastikan setiap risalah yang dikepilkan dibaca dengan teliti.


Pilihlah multivitamin yang terbaik dan berbaloi untuk wang kita. Jangan semata-mata nampak murah terus beli tau. 



Mudah ja. Jadi lah ahli untuk mendapatkan sebotol multivitamin yang bernilai RM88.75 secara percuma. Tahan sehingga 4 bulan.


Info terkini : Multivitamin Shaklee (Vita Lea) mengandungi 28 nutrien lengkap

Hubungi saya untuk dapatkan multivitamin terbaik anda !!!!


Umi Kalsom Awang Hat

No ID 1096881

017 499 7159

Page : Kekal Sihat Selalu

Email : umie5zal@gmail.com



No comments:

Post a Comment