10 Tips Penjimatan Mudah Yang Patut Anda Cuba

Sejak subsidi minyak dikurangkan sebanyak RM0.20 se liter harga minyak dah naik jadi RM2.30 bagi RON 95 dan RM3.10 bg Ron 97. Memang effect tu dirasai oleh semua orang tak kira la keja sendiri ke keja ngan orang ke atau keja dekat2 je atau keja jauh. banyak pulak atau hehehe...

So nak atau tak nak dah sampai masanya kita berjimat betul tak? sebabnya sangat2 mustahil untuk kita kawal kenaikan harga barang-barang yang berkai rapat dengan kehidupan seharian kita.

Jom saya nak share tips yang sy dah amalkan dan akan saya amalkan secara istiqamah. In Sha Allah....


1. MENYIMPAN ATAU MENABUNG SETIAP HARI

Macam saya dan suami amalkan setiap malam semua duit RM1 dan syiling akan dikeluarkan dari dompet dan dimasukkan ke dalam tabung yang berasingan. Amalan ni saya dah amalkan hampir 2 tahun. Memang seronok. Selalunya saya akan set siap2 apa aku nak buat dengan duit nie nanti hehehe...

P/S : Lagi seronok kalau guna tabung yg transparent. Jadi 1 motivasi bila nampak duit makin bertambah.


2. ELAKKAN DARI PERGI PASARAYA TANPA SENARAI BARANG YANG NAK DIBELI

Yang nie memang dah lama saya amalkan. Tapi kadang2 terbabas jugak hehehe... lepas nie kena istigamah balik dan amalkan. Sebabnya bila kita dah ada senarai potensi untuk beli benda yang merapu sangat rendah.


3. RANCANG MENU APA NAK MASAK SEBELUM BELI BARANG DAPUR 

Kenapa saya cakap penting rancang menu apa nak dimasak sebelum membeli bahan-bahan masakan? contohnya main rendah beli daun sup tapi langsung xnk buat sup minggu tu. Last2 daun sup layu dan terpaksa dibuang. ni contoh yg mudah la. Saya dulu selalu jadi kes camni. Membazir ja.


4. JANGAN BASUH BAJU DALAM KUANTITI YANG SIKIT JIKA GUNA MESIN BASUH.

Rugi sangat kalau main basuh ja walaupun baju adalah 5-6 helai ja. Rugi sabun,letrik dan air. Tak salah kalau kumpulkan baju kotor dan basuh bila kuantiti dah cukup untuk sekali basuhan yang maksimum.

P/S : Tapi janganla sampai penuh sampai mesin xleh nak memusing hehehe....


5. CUBA LAH LAKUKAN PENYUSUAN SECARA EKSLUSIF PADA BAYI ANDA.

Bagi yang sedang hamil anda dah boleh mula set dalam minda yang anda betul2 nekad untuk menyusukan anak anda sepenuhnya sehingga 2 tahun. Saya memang dah target di awal kehamilan untuk menyusu badan anak saya nanti. Bukan semata-mata untuk jimat tapi untuk mengeratkan kasih sayang dengan anak dan untuk tumbesaran dia yang sempurna. Papun memang sgt2 jimat sebab tak perlu beli susu tepung untuk anak tiap2 bulan.

6. GUNA CLOTH DIAPERS UNTUK KEGUNAAN HARIAN ANAK

Yang nie saya baru ja nak mula balik. Lampin pakai buang hanya pakai kat rumah pengasuh ja. Banyak kebaikan yang saya dapat jika dapat amalkan penggunaan cd secara berterusan. Antaranya jimat sebab dapat mengurangkan jumlah pembelian lampin pakai buang, dapat kurangkan kesan bahan kimia pada anak dan juga baik untuk persekitaran. Sekali beli boleh pakai untuk 2-3 orang anak (kena jaga betul2 sebab fabriknya perlukan penjagaan khusus).

P/S : Cabaran untuk saya ialah kena rajin membasuh hehehe....


7. KURANGKAN MAKAN KAT LUAR

Yang nie sejak minyak naik jarang makan kat luar. Harga makanan dah makin mahal woo.... Kalau makan pun jrg order air. Waktu lunch ja yang kadang2 terpaksa makan kat luar.

P/S : Pasang niat nak bawak bekal. Tapi rajin kah? hehehe.....


8. ISI MINYAK BERDASARKAN TOTAL LITER ATAU ISIAN PENUH SAHAJA.

Tips nie saya rasa semua dah mula amalkan. betul tak? Saya baru nak mula. Kesian kan? Tapi xpe..bia lambat asal buat jugak. Ada jugak kawan yang cakap kalau nak lagi lebih kilometer guna Ron 97. Ingat nak cuba la nanti hehehe....


9. TANAM SENDIRI SAYURAN SELALU GUNA JIKA RUMAH ADA KAWASAN TANAH

Haa yang nie memang problem... Nak rajinkan tangan nak menanam sayur2 yang simple2 ja. Dari mula2 duduk rumah teres sampai la skang x tanam lagi. Erm... target bulan depan akan tanam sekurang2nya 1 jenis sayur seperti cili padi atau serai (dua2 nie slalu sangat pakai).

P/S : Semoga semangat nie akan membara sampai berjaya hehe....

10. KENALPASTI KEDAI/PASARAYA YANG MENAWARKAN HARGA PALING MURAH UNTUK SESUATU BARANGAN

Yang saya baru jugak mula amalkan. Bila beli barang-barang kat mana2 kedai saya akan catat harganya dlm satu checklist. Dalam list tu saya dah senaraikan semua pasaraya yang saya selalu pergi. and the end saya boleh nampak dah kedai mana yang offer harga murah untuk sesuatu barang. Saya rasa ramai ibu2 atau surirumah dah familiar dengan harga barang2 yang selalu diorg beli. Orang yang bijak takkan beli semua barang dekat satu tempat ja, betul tak?

Itula dia 10 tips penjimatan yang saya telah dan akan amalkan. Jika info nie bermanfaat untuk semua apa salahnya jika kita amalkan. Plus one things saya rasa dah sampai masanya untuk semua orang ada bisnes sampingan yang mungkin ada potensi untuk berkembang menjadi punca utama pendapatan kita satu hari nanti. Jika berminat nak tau boleh hubungi saya di talian 017 499 7159.

Wassalam......

No comments:

Post a Comment