Friday, February 24, 2017

MINUM SOYA ESP BOLEH SEBABKAN KANSER?BETUL KE?

by , in
Kalau orang kata jangan minum ESP sebab SOYA, boleh sebabkan KANSER, CYST, FIBROID.. mama orang pertama yang BANGKANG!

Ketegaq (stubborn)

Sebab mama sendiri dulu, ada OVARIAN CYST, 7cm tau! Doktor tak boleh nak operate buang cyst tu sebab mama PREGNANT (early pregnancy). Kena sabar tunggu sampai 12 minggu baru boleh operate. Doktor bagitau risiko cyst boleh pecah dan sebabkan infection pada peranakan atau ovari boleh berpusing.

SCARY tau! Memang TAKDE UBAT atau SOLUSI untuk mama masa tu. Memang tawakkal (berdoa) dan teruskan ambek SET MENGANDUNG SHAKLEE, termasuk ESP.

Alhamdulillah sebelum minggu ke 12, cyst mama dah KECUT SEPENUHNYA. Tak perlu operate
pun.

Landmark Study


Baru ni, ada orang bertanya pada Dr Bruce Daggy masa LANDMARK STUDY ROAD TOUR tu. Kesan SOYA (ESP) yang mengandungi PHYTOESTROGEN  dan punca KANSER. Dia kata, sepanjang research dia memang TAKDE BUKTI (founding) pun.

Lagipun katanya PHYTOESTROGEN (yang ada dalam ESP) itu LEMAH, tak SEKUAT seperti ESTROGEN yang ada dalam badan manusia. Dan boleh sebabkan lelaki jadi lembut atau menjadi punca kanser. Yang ni memang SCIENTICALLY PROVEN.

Soya Non - GMO

Lagipun, soya yang digunakan untuk hasilkan ESP adalah SOYA NON-GMO yang tak diubah genetik (baka), daripada BENIH sampai PENGELUARANNYA.

ESP ni dihasilkan sejak 1951. Produk 50tahun lebih, bukan setahun dua. Kalau betul bahaya, dah tentu berapa ramai orang yang MATI SEBAB KANSER sebab ESP. Tapi sebaliknya yang dok amalkan ESP makin SIHAT dan BEBAS KANSER.

Sebab apa tau? Sebab selain dari NON-GMO, cara pemprosesan pun membezakan kualiti soya. ESP dicuci dengan AIR (bukan alkohol), diproses dengan suhu rendah.

Jadi ISOFLAVONES, GENISTEIN & DAIDZEIN kekal dalam soya ESP.

Isoflavones ni sangat membantu merendahkan paras KOLESTEROL, OSTEOPOROSIS & SAKIT JANTUNG.

Genistein ni yang mengekang pertumbuhan dan perebakan KANSER, ia memusnahkan radikal bebas dalam badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel KANSER. Dannn.. sangat baik untuk UTERUS, OVARI & PROSTAT.

Jadi lepas dah rasa sendiri dan jadi TESTIMONI ESP, memang mama tak faham kenapa orang cakap ESP bahaya. Oklah, Dr Bruce Daggy cakap, tak boleh percaya testimoni je. Kena ada research. And yesss, CLINICALLY PROVEN to be safe too!

Jangan risau lah naa.. tapi mama tak tau la soya lain, mama cerita ni soya ESP lah. 😊

Kredit : Hanisah Mansor

So dah jelas dah perbezaan soya ESP berbanding soya biasa???? Beza kan. Jom la try dan rasai sendiri kehebatannya. Tak cuba memang tak tahu :) . Kalau nak order terus klik ESP SHAKLEE.
Kalau nak tau lebih boleh roger ahkak ya. Wassalam.

Umi Kalsom
017-4997159

Monday, February 20, 2017

YANG MANA LEBIH BAIK? TELOMERES PANJANG ATAU PENDEK???? .

by , in
Siapa yang pernah dengar dan tahu tentang Telomeres? Tau tak apa kepentingan telomeres kepada kesihatan kita????
Meh ahkak nak story sket pasai kesihatan sejagat petang ni.


APA ITU TELOMERES?

Telomeres ni ialah seakan 'cap' yang melindungi sel & DNA daripada kerosakan. Penuaan dan serangan radikal bebas akan menyebabkan telomeres ini jadi lebih pendek kemudiannya rosak dan mati. Di dalam nukleus sel, gen kita disusun bersama-sama berpintal, molekul dua bersilang DNA dipanggil kromosom. Rujuk gambar bawah ni supaya lebih faham :).


Kurang jelas ke??? Ok mari kita relate kan telomeres ni dengan perkara yang berlaku di sekeliling kita. Sebagai contoh cuba tengok tali kasut korang. Hujung tu ada seakan 'cap' yang melindungi tali kasut dari terpecah kan? Apa jadi bila 'cap' tu rosak atau dah takde?? Perlahan2 tali kasut yang sebelum ni dipintal elok akan mula terpecah, makin kerap basuh tali kasut tu makin pendek dan akhirnya dah tak boleh pakai lagi. Macam tu la jugak dengan telomeres ni. Bila ia dah tak berada dalam keadaan baik dan semakin pendek sel & DNA tak dapat lagi dilindungi.

Telomeres bertindak dalam tiga fngsi yang utama :

  1. Membantu untuk menyusun setiap 46 kromosom dalam nukleus (pusat kawalan) sel-sel kita.
  2. Melindungi hujung kromosom dengan membentuk seperti hujung plastik pada tali kasut. Jika tiada telomere kromosom mungkin berakhir dengan melekat pada kromosom lain.
  3. Membolehkan kromosom untuk ditiru dengan betul semasa pembahagian sel: setiap kali sel menjalankan replikasi DNA. Tanpa telemore, DNA penting akan hilang setiap kali membahagi sel (biasanya kira-kira 50 hingga 70 kali). Akhirnya akan membawa kepada kerugian bagi seluruh gen.

KESAN BILA TELOMERES PENDEK ATAU ROSAK

Telomere adalah struktur yang tersendiri yang terdapat di hujung kromosom yang terdiri daripada urutan DNA pendek yang sama berulang-ulang kali.

Telomere diumpamakan sebagai tips plastik pada hujung tali kasut, yang bertindak memelihara kromosom dari melekat antara satu sama lain, yang akan memusnahkan atau berebut maklumat genetik organisma.

Jadi bila ia makin pendek sel-sel dah takde protection lagi. Akhirnya sel-sel akan mudah dimusnahkan atau diancam penyakit kritikal dan bahaya 😱😱😱. Jika aktiviti telomeres dimatikan dalam sel-sel kanser, telomeres mereka akan memendek sehingga mencapai tahap "panjang genting" dan tidak lagi boleh ditiru. Ini akan mencetuskan sel mati melalui proses yang dipanggil  apoptosis juga dikenali sebagai program sel mati. Gambar kat bawah ni menunjukkan bagaimana sel-sel kita dibahagi dan dibahagi setiap hari. So apa akan jadi kalau telomeres kita iaitu cap kat hujung kromosom tu pendek????????.

MACAM MANA NAK PANJANGKAN TELEMORES??


Vivix mengandungi ramuan resveratrol dan diperkuatkan lagi dengan adunan polifenol, sangat berkesan bertindak ke atas 4 mekanisme penuaan. Maka, ia melambatkan kependekkan telomere. Ia juga bersifat anti-oksida yang sangat membantu mencegah dan memulihkan kanser.

Shaklee telah bekerjasama dengan Dr.Elizabeth Blackburn pemenang The Nobel Prize in Physiology or Medicine 2009 yang menemui bagaimana kromosom dilindungi oleh telomeres dan enzim telomerase. Kajian telomere ini telah menguji kepanjangan telomeres.


Landmark Study 11 yang dijalankan oleh Shaklee membuktikan pengambilan suplemen yang konsisten (Vitalizer, Vivix dan chinch) setiap hari selama 5 tahun dapat mengurangkan pemendekkan TELOMERE sebanyak 40%. Hebat kan?  Pengguna Shaklee mempunyai kepanjangan telomere seperti orang yang berumur 40 tahun lebih muda.

Jadi ambil lah tindakan bijak dengan melindungi telomeres anda bermula dari sekarang. Klik Vivix Shaklee untuk pembelian secara dalam talian atau hubungi 017.4997159 untuk konsultasi dan maklumat lebih lanjut.


Umi Kalsom
Pengedar Shaklee Anda
017-4997159
Friday, February 17, 2017

KENAPA WAJIB KONSISTEN MAKAN SHAKLEE?

by , in
Shaklee adalah suplemen yang terdiri dari zat2 nutrien yg sepatutnya kita boleh dapat dari makanan kita. Tapi sayang sangat sebab zat makanan kita makin hari makin berkurangan. Dari satu Landmark Study yang dijalankan oleh University of Texas yg diterbitkan pada thn  2004 membuktikan bahawa zat2 daripada buah dan sayur semakin berkurangan.



Sudahlah zat asalnya sudah kurang, bila dipetik dan disimpan ia makin kurang, apa lagi bila dimasak. Akhirnya, apa yang tinggal kalau bukan hampas?

Apabila tubuh kurang nutrisi, kita mungkin nampak sihat tapi badan tak tahan.  Jadi kita mudah diserang sakit, elergik, stress, asyik down, dan senagainya.

Jadi kat sini peranan Shaklee utk menenuhi lopong2 nutrisi tadi, dengan syarat:-

1. makan mesti jaga.
2. Mesti bersenam & aktiviti fizikal
3. Hubungan dgn Tuhan

Shaklee tidak dicipta dr bahan2 yg diwujudkan di lab, sebaliknya dr bahan2 semulajadi dari alam. Ia membawa enerji alam ke dalam diri kita. Bezanya Shaklee dgn sayur ialah Shaklee terdiri dari nutrien yang pekat dan padat untuk keperluan tubuh (tapi still wajib makan sayur ye!).

Jadi bila kita makan Shaklee, fikirkanlah ia adalah buah dan sayur2 yang telah dipermudahkan bentuknya untuk ditelan. Kalau tidak, sanggupkah kita makan 9 mangkuk sayur untuk makan tengahari? Itu belum lagi 7 biji oren, 5 ekor ikan dan sebagainya. Of course kita pun tak mampu nak makan banyak sangat.

Oleh itu kita makan secukup sekadar kenyang, dan kita topup nutrisi dgn Shaklee. Kembalikan segalanya pada Allah, atas usaha kita jaga kesihatan mudah-mudahan kita makin sihat, kuat dan cantik.

Jadi kesimpulannya makan lah vitamin Shaklee korang secara konsisten. Jangan main skip-skip lagi. Kalau belom pernah beli masih  tak terlambat untuk bermula. Boleh contact ahkak okay.


Umi Kalsom
Call/SMS/Whatsapp : 017-499 7159
umie5zal@gmail.com

Thursday, February 16, 2017

DOKTOR TAK BAGI UBAT SELSEMA DAN BATUK UNTUK ANAK UMUR 2 TAHUN?KENAPA???

by , in
BERGADUH DENGAN IBU AYAH GARA-GARA TIDAK BAGI UBAT SELESEMA & BATUK

Horror sungguh!

Jenuh daku terang, nak jugak ubat batuk selsema untuk anak umur setahun!! 😭

Mai nak cerita kat sini.

BAHAYA UBAT BATUK & SELSEMA TERHADAP KANAK-KANAK BERUMUR 2 TAHUN KE BAWAH

------------------------

DEMAM, BATUK & SELSEMA, perlukah ubat?


Kebanyakan demam batuk dan selsema adalah disebabkan oleh virus.
Jangkitan virus yang menyebabkan demam batuk dan selsema adalah kebanyakan masa boleh baik sendiri tanpa bantuan ubatpun (self-limiting).

Badan kita dan anak-anak kita akan mengambil masa beberapa hari untuk membina ketahanan diri dan melawan virus bagi sembuh.
Dalam masa ini, jika tiada ubat diambil, kita masih akan sembuh dalam tempuh masa 3-5 hari.

Dan kalau kita perhatikan, kebanyakan masa orang yang dijangkiti virus ini ada yang tidak demam dan ada juga yang demam pada tahap yang rendah.

Ramai ibu bapa akan berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan.
Namun begitu, kebanyakan doktor akan hanya memberi ubat demam sahaja, tanpa ubat batuk dan selsema. Apatah lagi antibiotik.

Kebanyakan ibu bapa tidak mengetahui bahawa organisasi kesihatan seluruh dunia secara amnya telah mengeluarkan amaran keras tentang penggunaan ubat batuk dan selesema bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun sekiranya tanpa arahan para doktor.

Amaran ini telah dikeluarkan sejak beberapa tahun yang lalu. Dari tahun 2008, syarikat pengeluar ubat dan penguatkuasa kesihatan telah bekerjasama untuk memaklumkan para doktor, ahli farmasi dan ibu bapa bahawa ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan untuk kanak-kanak berumur kurang daripada 2 tahun.

KENAPA TAK BOLEH BAGI?


Hasil kajian dan penyelidikan pemasaran ubat mendapati bahawa tiada bukti yang kukuh menunjukkan keberkesanan penggunaan ubat batuk dan selesema bagi kanak-kanak berumur kurang dari 2 tahun.
Apabila risiko kesan sampingan negatif diambil kira, tiada justifikasi untuk pemberian ubat-ubat ini kepada kanak-kanak.

Antihistamin generasi pertama (contoh syrup chlopheniramine/piriton) mampu meresap ke bahagian otak dengan mudah menyebabkan kesan sampingan lebih dirasai berbanding dengan antihistamin generasi kedua yang hanya diserap dalam kuantiti yang sedikit.

Ubat antihistamin generasi ke 2 ini lebih berkesan kepada organ sasaran selain otak.
Walaupun begitu, penggunaan antihistamin generasi kedua (cetirizine, loratidine) tetap tidak digalakkan untuk kanak-kanak berumur kurang daripada 2 tahun.

Antihistamin generasi pertama juga boleh menyebabkan mengantuk, pening dan hilang koordinasi badan.
Kesan-kesan lain pula termasuk ketar pada anggota badan, halusinasi dan sawan.
Kanak-kanak yang diberi dos ubat yang berlebihan mungkin boleh mengalami kesukaran bernafas, koma dan seterusnya, kematian.
Ubat antihistamin generasi kedua juga boleh menyebabkan mengantuk, peningkatan kadar denyutan jantung dan sakit kepala.

Oleh yang demikian para ibu bapa sekalian.

Jangan lah marah kalau doktor hanya bagi ubat demam sahaja untuk anak-anak comel yang berumur 2 tahun ke bawah.

Prinsip saya amat mudah.

Saya rawat pesakit saya sepertimana saya rawat anak-anak saya.
Kalau diorang batuk selsema, saya memang tak akan bagi ubat batuk selsema melainkan betul-betul perlu.
(Ini kes yang lain).

Apa saya buat?


✏ Untuk Hanina, Nabila dan Amin, saya upkan dose suplemen mereka (vitamin c, meal shakes, omega dan vitalea). Pada masa yang sama, saya bagi diorang nutriferon ini.

✏ Saya bagi diorang minum air banyak-banyak (jus buat/air masak/performance drink)

✏ Manakala untuk Baby A'isya pula, saya akan upkan dose suplemen yang saya makan (vutamin c, omega, garlic, nutriferon). Bukan bagi kat baby tau.
Dan saya akan menyusu dia banyak-banyak.

✏ Saya akan pastikan hidung mereka tidak tersumbat

✏ Kalau rajin, saya akan buatkan garlic steam/chest percussion. Hihi.. Tapi biasanya memang tak sempat nak buat. 😆

Oh.. Lagi satu yang saya nak bagitau.

Ok je kalau anak-anak kita batuk-batuk dan muntah. Lagi bagus sebab diorang boleh memuntahkan kahak mereka kerana mereka tidak pandai mengeluarkannya sendiri seperti orang dewasa.
So jangan risau sangat. 😊

Kredit : Nadia Abdul Kadir



So lepas ni jangan marah-marah doktor tau kalau diorang tak bagi ubat batuk atau selsema untuk anak yang berumur 2 tahun ke bawah.I

Nak lagi bagus bagi ja diorang makan Vitamin Shaklee yang ternyata selamat dan semulajadi. Tak pun kalau ibu masih menyusu amik suplemen tambahan sebab anak akan dapat segala khasiat melalui susu ibu :).

Umi Kalsom
Call/SMS/Whatsapp : 017-4997159