Tuesday, April 12, 2016

KENALI MAKANAN KAWAL SELERA MAKAN

by , in
Assalamualaikum semua. Sebenarnya dah lama dah nak tulis entry ni tapi tak berkesempatan. Baru-baru ni kat media banyak bincangkan golongan muda sekarang ni makin ramai menghidap penyakit berbahaya seperti  darah tinggi,sakit jantung,kanser dan sebagainya. Memang sangat menakutkan. Dulu-dulu kita biasa dengar penyakit sebegini hanya berlaku di kalangan warga tua sahaja. Apa sudah jadi??????

Fenomena macam ni berlaku disebabkan banyak faktor antaranya cara hidup yang tak sihat, kurang bersenam, pemakanan yang tak sihat dan persekitaran yang kotor serta tercemar. So apa kaitan dengan entry saya kali ni???? Haa... Sebenarnya saya nak bantu kawan-kawan untuk cuba kawal selera makan dengan pemilihan makanan yang betul. Teruskan membaca.......

Nak kawal selera makan memang payah kan? Ramai kawan yang mengadu bukan aku tak nak kontrol makan tapi tak mampu. Makanan tu asyik panggil aku ja.hahahhaha... Macam-macam alasan yang dok dengar kawan-kawan cakap. Tahu tak sebenarnya ada beberapa jenis makanan yang membantu mengawal selera kita. Kalau nak tahu jom teruskan membaca.


1. Oat

Dengan mengambil hanya dua hidangan oat mampu menurunkan kolestrol LDL sebanyak 5% dalam masa enam minggu. Wow menarik kan... Kunci utama membunuh kolestrol adalah beta-glucan yang mana oat ini mampu menyerap LDL dan menyingkirkan lemak dari badan.

2. Cendawan

Makanan ini mampy mencegah lemak dan penggalak imun sehingga membantu meningkatkan pengeluaran dan aktiviti sel darah putih. Jumlah yang disyorkan setiap hari adalah 1/4 kepada 1 auns yang mana anda boleh manambahkan cendawan ini ke dalam sayur,pasta atau telur dadar.

3.  Asparagus


Sayur rangup ini dapat membekalkan inulin iaitu satu serat khas yang membantu bakteria baik di dalam saluran penghadaman anda. Grill asparagus atau makan bersama krim sup boleh meningkatkan mood anda dalam menjalani kehidupan seharian. Boleh cuba ni. Asparagus ni jarang ada kat kedai-kedai biasa. Kalau nak kne cari kat pasaraya besar.

4. Pisang

Mengambil pisang pada size sederhana mampu meningkatkan tenaga berpanjangan selain menahan lapar dalam masa yang lama. Kandungan B6 membantu otak menghasilkan serotonin. Lebih banyak serotonin yang dihasilkan,semakin kurang rasa tekanan atau susah hati. Hidangan muffin pisang memadai untuk mereka yang diet.

5. Bawang

Di sesetengah negara, bawang dianggap mampu mengubati pelbagai penyakit bermula daripada diabetes sehinggalah rawatan meningkatkan prestasi olahraga. Bau pada bawang mampu menentang penyakit kardiovaskular. Memasukkan bawang ke dalam masakan mampu menambah rasa pada masakan yang boleh menentang rasa cepat lapar.



Ini lah 5 jenis makanan yang boleh membantu mengawal selera makan anda. Sebenarnya kita sendiri banyak yang tak tahu kelebihan makanan yang kita makan setiap hari.

Jika nak lagi mudah minum ja Vivix yang mampu menjaga kesihatan kita secara menyeluruh. Sangat mudah. Hanya minum 1 sudu teh setiap hari dan bersedia untuk kesan yang sangat menakjubkan. Sama seperti makanan rendah kalori yang lain, anggur muscadine yang ada dalam Vivix membantu untuk kita mendapatkan dan mengekalkan berat badan yang sihat. Anggur muscadine kaya dengan serat dan air iaitu dua kandungan yang membantu membuatkan kita rasa kenyang tanpa menambah kalori.




Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra, Putra Height, Shah Alam
FB : Umi Kalsom Awang Hat
FB Page :Pengedar Shaklee Puchong - 0174997159
Instagram : www.instagram.com/@umikalsomawanghat
Saturday, April 09, 2016

Panduan Pilih Meja Makan Yang Tepat

by , in

Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu  semua. Hari ni saya nak kongsi sedikit panduan pilih meja makan  yang tepat.

Sebenarnya pemilihan meja makan ni nampak macam remeh dan mudah ja. Tapi kalau  silap pilih boleh jadikan ruang dapur atau ruang makan rumah kita nampak berterabur,  serabut  dan  juga semak  mata memandang. Sekali dah salah pilih hadap jela. Takkan nak jual semula kot. Rugi tu. Okay jom kita baca panduan yang patut kita ikut jika nak beli meja makan.

1) Pemilihan Meja Bulat

Bagi kediaman yang mempunyai kawasan yang  terhad pemilihan meja makan bulat besar sangat digalakkan. Ini kerana meja tersebut tiada sudut dan tak melibatkan ruang yang begitu besar untuk menempatkannya.

2) Pemilihan Mej Segi Empat

Pemilihan meja makan segi empat pula sesuai sangat bagi ruang yang luas dan ada banyak kerusi. Ia boleh muatkan lebih ramai orang dalam satu masa. Namun susah sikit la bila nak capai makanan.

3) Bajet Kewangan

Ha.. Dah pilih nak meja bulat atau segi empat? Sekarang tengok pulak poket atau bajet kewangan keluarga. Berapa bajet yang ada menentukan jenis,kualiti meja makan yang patut dibeli. Jika masih aim nak meja makan yang mahal tapi berkualiti dan tahan lasak mungkin anda perlu menabung lebih lama lagi 😊😊.

4) Sesuai Dengan Konsep

Jika rumah anda jenis yang  dah set konsep pastikan meja makan pun ngam dengan konsep  sedia ada. Nampak janggal lah jika konsep rumah ala-ala English gitu tapi meja makan ala-ala kontemporari pulak. Biar la senada barulah sedap mata memandang.
Tips : jika ruang makan dan dapur di ruang yang sama pastikan meja makan ngam dengan warna kabinet dapur anda.

5) Bilangan Penghuni

Bilangan penghuni atau ahli keluarga yang tinggal dalam kediaman juga harus dititikberatkan bagi membolehkan setiap orang dapat tempat duduk masing-masing. Jika keluarga anda besar dan kawasan ruang makan juga besar pemilihan meja makan yang besar adalah paling sesuai.

6) Kekerapan dan Material

Ini juga harus dijadikan antara kriteria sebelum memilih meja makan. Jika meja makan tersebut akan digunakan untuk makan malam,kerja rumah dan aktiviti lain makanya perlulah memilih meja makan yang tahan lasak dan berkualiti.

7) Kemasan

Kemasan kayu juga menjadi antara salah satu material  hebat yang tidak harus dilupakan. Ia mudah dilap dan kemasannya berkilat. Jika anak anda masih kecil mudah untuk dibersihkan dan takde lah risiko pecah kerana tidak menggunakan cermin.

Mudah-mudahan panduan-panduan pilih meja makan yang tepat ini dapat bantu kawan-kawan yang sedang buntu dalam memilih meja makan yang sesuai.

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu untuk semua..

Kredit : Majalah Mingguan Wanita Edisi 1687


Thursday, March 17, 2016

Apa itu FIBROID? Bagaimana Cara Nak Hilangkan FIBROID?

by , in
Assalamualaikum semua. Apa khabar semua? Umie harap semua sihat belaka ya.
Hari ni umie nak berkongsi dengan semua tentang FIBROID. Ada tak sesapa kat sini yang ada fibroid? Mesti stress kan? Takyah stress2 okay. Jom kita kenal dulu tentan fibroid ni. Tak kenal maka tak tahu kan.

Apa Itu Fibroid?


Sebelum sembang panjang kita hurai dulu tentang fibroid. Fibroid ni sebenarnya adalah sejenis ketumbuhan yang bukan kanser pada otot,tisu pada uterus. Fibroid agak sinonim dengan wanita yang berumur 30 hingga 40 tahun. Kebanyakan mereka yang ada fibroid tak tahu pun kewujudan fibroid dalam rahim mereka. Sebabnya kadang-kadang tiada sebarang simptom yang mereka alami.

Ada 3 penyebab terjadinya fibroid;

1. Genetik
2. Hormon estrogen lebih tinggi berbanding progesteron
3. Serangan radikal bebas

Jenis-jenis Fibroid


Fibroid ni berbeza bergantung kepada di mana ianya tumbuh.  Terdapat beberapa jenis fibroid.

Yang pertama fibroid Submucosal membesar di bahagian bawah salutan rahim boleh menyebabkan pendarahan yang banyak kerana luas permukaan uterus bertambah.

Jenis yang kedua ialah fibroid intramural. Selalunya berlaku dalam lapisan otot iaitu di antara otot rahim pada bahagian dinding.

Yang ketiga fibroid submucosal yang terjadi di bawah lapisan paling luar. Yang jenis cenggini kalau membesar boleh sebabkan tekanan. Jika fibroid tu menekan pundi kencing akan sebabkan kita asyik rasa nak kencing ja. Jika fibroid menekan saluran kencing pulak akan menyebabkan air kencing berpatah balik ke buah pinggang. Bahaya sangat sebab boleh sebabkan buah pinggang membengkak atau dijangkiti kuman. Jika fibroid menekan tiub fallopio boleh sebabkan kita susah nak mengandung atau mengalami kehamilan ectopic (mengandung luar rahim). Lagi satu kalau fibroid menekan usus atau perut pulak akan sebabkan kita rasa macam perut penuh atau kembung ja.  Cuba bayangkan jika fibroid ni menekan tiub fallopio kita tanpa kita tahu pun? Dan waktu tu kita sedang berusaha untuk hamil. Mestilah sedih sesangat kan........

Yang keempat fibroid pedunkal yang membesar secara bertangkai daripada permukaan bahagian luar rahim atau permukaan bahagian dalam rahim atau permukaan bahagian dalam rahim dan kadangkala menjalar keluar dari servik (pangkal rahim).

Simptom atau Gejala Ada Fibroid?

  1. Mengalami pendarahan yang banyak dan lama ketika period
  2. Period awal dari tarikh asal dalam kuantiti yang banyak
  3. Senggugut yang teruk
  4. Sakit dalam perut ketika hubungan intim
  5. Perut buncit dan tak selesa atau kejang pada abdomen bawah
  6. Sembelit yang teruk
  7. Terlalu kerap buang air kencing
  8. Selalu gugur atau sukar hamil

Rawatan


Jika anda berasakan bahawa mengalami simptom atau gejala menunjukkan ada fibroid di dalam rahim anda, pastikan pertama sekali rujuk doktor terlebih dahulu.  Pemeriksaan ultrasound atau CT scan abdomen adalah lebih tepat dan meyakinkan. Ini sangat penting bagi mengetahui tahap bahaya fibroid yang anda alami. Setelah mendapatkan konsultasi dan pandangan daripada doktor baru lah kita berikhtiar dengan pengambilan supplemen yang selamat dan diyakini bagi membantu menghilangkan fibroid secara semulajadi. 

Bagi pesakit yang mengalami masalah fibroid supplemen yang paling berkesan ialah yang :
  •  Mampu memperbaiki sel-sel badan 
  • Melindungi sel-sel badan 
  • Memberi tenaga kepada sel-sel badan 
  • Meningkatkan keupayaan sel badan kita. 




Keempat-empat elemen ini ada pada VIVIX SHAKLEE. Dengan mengamalkan pengambilan Vivix secara konsisten badan kita akan dilindungi daripada serangan radikal bebas yang akan menyebabkan fibroid semakin membesar dan mengganggu fungsi organ-organ badan yang lain. Dengan kata lain Vivix adalah sumber anti oksidan yang sangat hebat sehingga mampu memperbaiki kerosakan sel-sel akibat fibroid dan membantu sel-sel badan kita lebih bertenga.

Sekiranya anda ingin mendapatkan konsultasi atau penerangan lebih lanjut sila hubungi nombor tertera seperti di bawah. Saya hanya membantu dan Allah lah yang akan memudahkan segala-galanya. In Sha Allah.

Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra
FB : Umi Kalsom Awang Hat
Instagram : www.instagram.com/@umikalsomawanghat



Wednesday, February 24, 2016

Kakak Saya Berjaya Turunkan Kandungan Gula Dalam Darah Setelah Minum Vivix

by , in
Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah diberi kelapangan masa oleh Allah untuk menulis malam ni. Dah lama dah nak kongsi dengan sahabat-sahabat semua tentang kehebatan Vivix bantu pesakit diabetes kembali pulih. Entry kali ni saya nak kongsi mengenai kakak saya berjaya turunkan kandungan gula dalam darah setelah minum Vivix dalam masa kurang daripada 10 hari. 

Saya ingat lagi kakak saya sebelum dia disahkan menghidap kencing manis badan dia berisi jugak la tapi takde la sampai gemuk ya. Kakak saya kiut tau. Dia suka senyum dan tak pandai nak marah orang (ops sorry terpuji kakak sendiri). Tapi tula sejak dia disahkan menghidap kencing manis berat badan dia dah menurun dan dia terpaksa jaga makan supaya penyakit tak merebak dan jadi lebih teruk. 28 januari 2016 kakak saya wassap cakap dia agak stress la sebab kandungan gula dalam darah langsung taknak turun. Walhal dia dah jaga makan (Kakak saya sangat kuat semangat bab-bab pantang). Pandangan mata dia dah mula kabur kesan dari penyakit kencing manis. Sapa yang tak susah hati kan. Kalu korang camna? Mestilah susah hati, tidur pun tak nyenyak beb.

Tapi kakak saya tak patah semangat. Walaupun dia takde facebook tapi dia usha jugak guna facebook anak dia (anak sedara saya). Dari situ dia dapat tahu Vivix ni bagus untuk kencing manis. Bagus untuk turunkan kandungan gula dalam darah, bantu hasilkan insulin. Bila saya hantar poster Vivix kat dia terus ja dia cakap " Ha poster ni la kak tengok hari tu" . Hebat kakakku ini.

Alhamdulillah akhirnya dia dapat minum Vivix botol pertama dia pada 4 Ferbuari 2016. Pada hari tu jugak dia mula minum Vivix setiap hari tanpa gagal tau. Kakak saya memang seorang yang konsisten bila buat sesuatu. Sehinggalah saya dapat khabar gembira dari kakak saya pada 14 Februari 2016. Selepas 10 hari minum Vivix kandungan gula dalam darah dia berjaya turun daripada 8.6 kepada 6. SubhanaAllah memang kakak saya seronok sangat. Padahal sebelum tu macam-macam dia buat kandungan gula tak gerak-gerak, langsung tak turun. 



Bagaimana Vivix Bantu Pesakit Kencing Manis?

  1. Menghalang badan penghidap kencing manis daripada terdedah teruk oleh radikal bebas.
  2. Resveratrol membantu mencegah rintangan insulin iaitu keadaan di mana tubuh menjadi tidak sensitif kepada kesan hormon penurunan gula dalam darah (insulin). Rintangan insulin ialah precursor petanda atau gejala kencing manis.
  3. Antioksidan yang tinggi dan membantu lindungi organ badan daripada rosak akibat daripada kencing manis dan bertindak menggantikan sel-sel yang rosak dengan sel-sel baru yang lebih sihat.


Fakta Tentang Vivix Yang WAJIB ANDA TAHU?


  1. Satu hidangan Vivix mengandungi jumlah resveratrol yang sama banyak seperti yang terdapat dalam 100 gelas wain.
  2. Vivix tidak mengandungi alkohol dan terbukti 10 kali ganda lebih bertenaga daripada resveratrol.
  3. Mengandungi bahan semulajadi tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan.
  4. Vivix HALAL.
  5. Dengan hanya mengamalkan satu sudu teh sehari mampu membekalkan ORAC value yang diperlukan tubuh iaitu 3000-5000 ORAC sekiranya dibandingkan dengan minuman jus lain.
  6. Penghasilan Vivix adalah melalui proses Cold Filling Extraction di mana Vivix dihasilkan dalam suhu rendah supaya segala kebaikannya terpelihara.

Hebat kan Vivix ni? Sebab itulah Vivix mampu membantu pesakit kencing manis kembali pulih tanpa perlu lagi makan ubat hospital. Semuanya atas izin Allah S.W.T. Jika ingin cuba Vivix boleh lah hubungi saya samada melalui email, whatsapp,sms  atau melalui facebook dan ig saya.

Semoga bermanfaat dan dapat membantu kalian semua menjadi lebih sihat. Jika ingin mencuba Vivix boleh hubungi saya di 017.4997159 atau pm di facebook Saya Umi Kalsom Awang Hat. Penghantaran secara percuma ke seluruh Puchong.