Sunday, July 15, 2018

OSTEOPOROSIS DI KALANGAN WANITA DAN CARA MENGATASINYA

by , in
Apa itu Osteoporosis? Kenapa ia sangat sinonim di kalangan wanita?

Seram sangat bila baca tentang osteporosis. Tahu tak 1 daripada 3 wanita dan 1 daripada 50 lelaki berisiko menderita akibat osteoporosis? Nampak jelas di situ betapa osteoporosis di kalangan wanita umpama isi dan kuku. Sangat dekat dan berkait rapat.

Apa itu Osteoporosis?

Osteoporosis terjadi akibat tulang rapuh. Ia merupakan keadaan di mana indeks jisim tulang rendah akibat kemerosotan seni bina mikro tulangnya.  Ini bermakna bahawa walaupun tulang mungkin tidak secara fizikal semakin kecil tetapi balok dan lajur yang membuat seni bina tulang semakin tipis dan lemah. Akhirnya tulang akan menjadi rapuh dan mudah patah. Seram kan?.....

Osteporosis ni boleh dikatakan penyakit yang sangat sistematik.  Sebabnya walaupun satu tulang saja yang terkena osteporosis tapi kesannya akan kena tempias pada tulang tulang badan kita yang ok.

Tanda dan Gejala

Osteoporosis mengambil masa beberapa tahun untuk terjadi.Gejala yang selalu terjadi di peringkat awal tidak begitu ketara dan kadang-kadang mengambil masa berbulan bulan utuk gejala yang jelas untuk timbul. Antara tanda-tanda Osteporosis ialah:
  • Sakit sendi yang kerap
  • Sukar untuk berdiri lurus atau duduk
  • Kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan
Ironinya apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang), tulang pergelangan tangan,tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput. 

Perbezaan indek tulang normal dan tulang yang mengalami osteoporosis

Punca Berlakunya Osteoporosis

Tulang tebal dan kuat semasa remaja. Namun bila usia mencecah 35 tahun, lebih banyak tisu tulang yang hilang daripada yang diganti. Ini menyebabkan tulang menjadi nipis dan lemah. Orang yang gemar melakukan senaman semasa muda dan masih aktif semasa berumur kurang berisiko osteoporosis kerana tulang masih kuat.

Ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko anda mendapat osteoporosis: Wanita berisiko lebih tinggi mendapat osteoporosis berbanding lelaki. Ini disebabkan penurunan hormon oestrogen selepas menopaus. Wanita berisiko tinggi apabila :
  • Mengalami menopaus awal sebelum umur 45 tahun.
  • Menjalani pembedahan histerektomi (pembuangan organ rahim) sebelum berusia 45 tahun, terutama jika ovari dibuang sekali.
  • Tidak datang haid dalam jangkamasa lama ( lebih dari 6 bulan) disebabkan senaman berlebihan atau makan berlebihan 
Penyakit yang menjejaskan penghasilan hormon boleh menyebabkan osteoporosis. Hormon wanita, estrogen dan hormon lelaki, testosteron adalah penting untuk menjadikan tulang kuat, dengan memproseskan mineral seperti kalsium. Osteoporosis boleh tercetus oleh masalah hormon, termasuk :
  • Hipertiroidism (kelenjar tiroid yang sangat aktif).
  • Gangguan kelejar adrenal. Dalam Sindrom Cushing, penghasilan berlebihan kortisol (hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal) menyebabkan osteoporosis.
  • Kurang pengeluaran hormon seks ( estrogen dan testosteron).
  • Gangguan di kelenjar pituitari dan,
  • Kencing manis.
Fakta-fakta lain yang akan meningkatkan risiko mendapat osteoporosis termasuk:
  • Sejarah osteoporosis di kalangan keluarga yang terdekat (ibu bapa).
  • Tidak aktif dalam jangkamasa lama seperti terlantar di katil.
  • Kerap mengambil minuman keras dan merokok.
  • Gangguan penyerapan seperti ‘ Coeliac disease’ dan Crohn’s disease.
  • Penggunaan ubat korti kosteroid pada dos yang tinggi bagi tempoh yang lama (selalunya digunakan bagi rawatan arthritis dan asma) boleh memberi kesan kepada kekuatan tulang.
  • Kekurangan kalsium .
  • Paras vitamin D rendah.
  • Jisim badan yang sangat rendah (contoh, berat badan yang kurang atau mempunyai tulang yang menipis akibat kecelaruan gaya pemakanan)
Komplikasi
Osteoporosis menyebabkan badan menjadi rendah serta bongkok akibat kepatahan tulang belakang (spinal ). Ini bermakna tulang belakang tidak lagi mampu untuk menyokong berat badan. Kebiasaannya kemalangan kecil boleh menyebabkan patah atau rentak di pergelangan tangan, lengan, leher atau tulang pinggul.
Sesetengah orang menjadi tidak berupaya kesan daripada tulang yang rapuh. Penggantian semula tulang pinggul selalunya diperlukan sekiranya ia patah, dan ini akan menyebabkan pesakit tidak mampu berjalan sendiri. Walaupun osteoporosis tidak memendekkan jangka hayat manusia, ketidakupayaan bergerak sendiri menjadi sebab utama kemasukan ke rumah penjagaan.

Pencegahan

Gen anda menentukan potensi ketinggian dan kekuatan rangka anda. Walau bagaimana pun, amalan cara hidup yang sihat, seperti pemakanan dan senaman boleh mempengaruhi kesihatan tulang anda. Mengamalkan cara hidup sihat melambatkan berlakunya kejadian osteoporosis. Senaman yang berkala amat diperlukan. Cuba lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit 3 kali seminggu.
Dua jenis senaman yang penting untuk mengukuhkan kepadatan tulang bagi mencegah osteoporosis adalah – senaman ’weight bearing’ dan senaman ’resistance’. Jogging, lompat tali (skipping), senaman  aerobik dan melompat atas dan bawah ditempat yang sama baik untuk kekuatan tulang.
Bagi mereka yang berusia , senaman ringan dan selamat, seperti berjalan, main tenis, berenang amat berguna. Untuk orang yang lebih tua, senaman perlu bersesuaian dan selamat, seperti berjalan perlahan,  menaiki tangga 10 kali sehari, permainan tenis yang sederhana.
Amalan cara hidup yang boleh membantu mencegah osteoporosis termasuk:
  • makan makanan yang mengandungi zat kalsium yang tinggi – sekurang-kurangnya 1,000 mg sehari.
  • berhenti merokok -menghisap rokok meningkatkan risiko osteoporosis.
  • hadkan jumlah pengambilan minuman alkohol. Disyorkan had 21 unit seminggu untuk lelaki dan 14 unit untuk wanita.
Penghidap osteoporosis boleh mengurangkan risiko tulang retak atau patah. Satu tindakan yang baik ialah sentiasa berhati-hati mengenalpasti perkara yang boleh menyebabkan jatuh seperti lingkaran wayar. Pastikan anda sentiasa memeriksa tahap penglihatan dan pendengaran. Sesetengah warga emas memakai pelindung khas pada pinggul untuk mengelakkan kecederaan semasa jatuh.

Pengambilan Suplemen Tambahan Untuk Menyokong Tulang Yang Sihat


Gabungan supplemen yang mempunyai pelbagai fungsi sangat penting untuk member badan kita nutrien yang saling melengkapi antara satu sama lain.

ESP, Vita Lea dan Omega guard merupakan gabungan sumber protein, multivitamin lengkap dan Omega-3 yang sangat diperlukan untuk kesinambungan kehidupan yang lebih sihat bertenaga.


B Complex dan Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun badan dan juga menukarkan makanan kepada sumber tenaga. Ia juga mampu menjaga kesihatan sistem saraf kita.


Ostematrix Shaklee membekalkan 1000mg kalsium bagi setiap 4 tablet sehari. Ia jumlah kalsium yang jarang kita dapat dari pemakanan harian kita. 


Nak tahu kelebihan Ostematrix Shaklee klik Ostematrix Shaklee


Vivix Shaklee merupakan sumber anti oksidan terbaik yang bertindak sehingga ke peringkat sel sel badan.


Maklumat lanjut tentang Vivix klik Vivix Shaklee.



Umi Kalsom Awang Hat
Pengedar Shaklee Sah Anda
SMS/Call/Whatsapp:
017-4997159
Email:
umie5zal@gmail.com
Shaklee ID:
1096881
Saturday, July 14, 2018

REVIEW BREAST PUM CIMILRE F1

by , in
Assalamualaikum semua. Selamat petang. Dah lama entry ni dalam folder draft hihihi... So hari ni ada masa sket umie karang bagi abih la senang.

Ni umie dah review sket la breast pum Cimilre F1 yang umi dah guna almost 1 year jugak la.  Actually date mula pakai dah lupa dah. Nampak sangat iools short term memori hahaha. ... Okeh takmau mengarut kita straight to the point ya.

Ni la breast pum Cimilre F1

Mula2 risau suction dia tak kuat.  Sebab bila baca review ada yang cakap ok...  Ada juga kwn yang dah try cakap suction dia agak sakit.  Tapi dah terr beli pakai saja la kan hihihi...

Pertama....  Suction dia best dan tak menyakitkan...  Bagi umie yang dah cuba 3 jenis breast pump brand ni suction dia memang ok. Rasa tenang dan lebih relaks... Bagi umie suction dia tak la kuat sangat.  So umi pakai selalu maksimum level 10. Kalau korang jenis suka suction kuat rasanya baik korang survey jugak la brand lain.

Kedua umie suka pada bunyinya yang soft dan tak create attention orang.  Penting tu...  Pam sebelum ni mak ai kuat bunyinya...  Iools pemalu...  Takut orang curious nak tahu bunyi apa plak hihihi...

Ketiga dia ada massage button.  Takde limit korang boleh massage selama korang nak.. Yang ni best sebab kita boleh stimulate bagi mudah susu keluar secara natural. Sambil tu korang boleh relaks dan tenang ja.

Keempat yang saya suka sebab saiz pum kecik ja. Mudah nak sumbat masuk dalam cooler bag.  Previous breast pum umi gedabak besau sampai kena taruk dalam beg lain hihihi...

Tu jela kot nak share. Overall review bagi umie ok la pum ni.  Convenient untuk orang yang tak berapa cerewet macam umi hahaha...  Kalau korang nak baca apa yang perlu consider sebelum beli breast pum baca entry ni >>>> Tips Pilih Breast Pum yang berbaloi.

Alang-alang dah beli breast pum terbaik tu meh baca ni  >>>> Tips Untuk Banyakkan susu badan yang korang sangat perlukan supaya kekal bertenaga dan susu banyak sepanjang tempoh penyusuan korang nanti.

Wassalam.

Friday, July 13, 2018

MASALAH JERAWAT DAH TAK ADA LAGI. APA RAHSIANYA?

by , in
Masalah jerawat dan wanita ni memang tak dapat dipisahkan. Naik sebiji ja riuh sekampung. Stress ya amat. Nak-nak plak kalau naik seketul kat tengah-tengah batang hidung hahahaha...

Ni ha meh baca perkongsian sis manis ni tentang masalah beliau yang mudah benor naik jerawat di muka. Ni testimoni sebenar bukan tipu tipu tau. 

=========================================================================


Jerawat saya asyik naik di bahagian pipi & dagu sejak beberapa tahun dulu. Mujurlah tak tinggalkan parut kawah yang berlubang-lubang tu kat muka.
Mungkinlah sebab saya ni jenis konsisten ambil ESP & SR Vita C. Sekali sekala ada selit jugak dengan kolagen Shaklee tu.
Kemudian saya ada ambil GLA untuk stabilkan hormon. Kini, jerawat hanya muncul ketika bendera merah je (datang haid) & dah taka da kesan tinggalan yang teruk macam dulu-dulu.

Mula consume esp dgn vita c sejak thn 2013, time tu rasa kulit lembut je. Then sejak thn 2015 jerawat asyik naik non-stop, mgkn sibuk dgn keje kat site.

Walaupun jerawat naik silih berganti, kulit maintain lembut dan takde parut-parut berkawah yang ditinggalkan. Time tu memang terus je konsisten dengan ESP dan SR Vitamin C. GLA dan Kolagen pun ambik jugak sekali sekala.
Best gilerrrrr...especially Kolagen tu. Bangun pagi lembut dan fresh je muka. ESP (Energizing Soy Protein) dengan SR vita c memang membantu mengelakkan kulit muka saya jadi berparut teruk akibat jerawat yang non-stop suatu ketika dulu.
GLA tu pun bantu stabilkan balik hormon saya yang asyik up & down je ni 😁 . Sekarang Alhamdulillah, jerawat dah takut nak naik banyak-banyak J



Kulit muka lebih mulus tanpa jerawat.

Energizing Soy Protein (ESP)
  • Mengandungi asid amino penting untuk membina ototm kuku,rambut,darah,organ,kulit dan lain-lain. Pengambilan protin kunci kepada awet muda
  • Kacang soya merupakan satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isolflavanes yang berfungsi untuk mengawal hormon wanita, merendahkan kolestrol,cegah osteoporosis dan sakit jantung
  • Merangsang pembentukan semula kulit dan otot
  • Mengurangkan kedutan
  • Agen anti penuaan, mengembalikan radian kulit, dan kepejalan otot
  • Mengurangkan kesan parut 
  • Membaiki pigmentasi,kedutan dan kesan tua

GLA Complex
  • Pengambilan jangkamasa panjang akan melambatkan penuaan,mengetatkan uterus 
  • Memperbaiki inflamasi kulit - mengurangkan inflamasi kulit dan memperbaiki bintik penuaan
  • Melambatkan monopause
  • Memberi tone kulit pada kulit dan otot untuk membantu wanita mencapai bentuk badan yang cantik dan ideal.

Vitamin C

  • Merangsang pembentukan kolagen yang membantu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik
  • Mencantikkan kulit - pengambilan vitamin C setiap hari membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah
  • Melambatkan penuaan
  • Menyekat pigmentasi


Kolagen Powder

  • Membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula rambut
  • Kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat
  • Kulit akan jadi kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik
  • Kulit lebih cepat untuk sembuh dan membantu mengurangkan parut
  • Membantu menghilangkan tanda penuaan terutamanya di bahagian belakang tangan.


Cepat-cepat hubungi saya ya untuk dapatkan set ini. Klik   Set Radiant 4 untuk pembelian secara atas talian.

Jika anda inginkan HARGA LEBIH MURAH daftarlah sebagai ahli dengan klik link JOIN AHLI DENGAN UMIE . Banyak manfaat yang akan anda dapat seperti:

  • Harga ahli yang jauh lebih murah
  • Konsultasi percuma sepanjang masa secara online atau offline
  • Support group yang sangat friendly
  • Cash rebate jika memenuhi syarat yang ditetapkan

Jadi apa tunggu lagi :).

Umi Kalsom
Call/SMS/Whatsapp : 017-4997159

Thursday, July 12, 2018

4 SEBAB KENAPA PERLU BERTUKAR KEPADA PEMBERSIHAN MESRA ALAM SEKITAR

by , in
Ramai rakyat Malaysia zaman sekarang dah makin sensitif dengan apa yang diguna pakai untuk aktiviti seharian. Dah makin cerewet tentang apa bahan yang digunakan untuk aktiviti pembersihan di rumah.  Bagus sangat cerewet untuk perkara sebegini. Sapa tak nak kan rumah bersih dan selamat untuk seisi keluarga. Bonus jugak jika secara tak langsung alam persekitaran terjaga.

Nah di bawah ni umie senaraikan 4 sebab kenapa perlu bertukar kepada pembersihan mesra alam sekitar.

1. Menjadi Lebih Sihat


Gejala seperti batuk,bersin,ruam kulit atau sakit kepala biasanya dikaitkan dengan bahan kimia berbahaya yang digunakan dalam produk pembersihan. Diperbuat daripada bahan-bahan tumbuhan dan mesra alam sekitar seperti pelarut berasaskan sitrus, cuka dan pati minyak, produk pembersihan hijau tidak menimbulkan risiko kesihatan kepada kita sekeluarga dan juga haiwan kesayangan. Suasana di rumah akan menjadi lebih selamat dan bersih.


2. Rumah Tempat Lebih Selamat


Perasan tak kebanyakan label produk pembersihan tertulis perkataan seperti mudah terbakar, toksik,merengsa atau berbahaya? Umie percaya ada yang tak tahu penyegar udara konvensional mengandungi bahan kimia yang menganggu hormon dikenali sebagai phthalates. Mengambil kira tanda ini pada produk konvensional, berbaloi bertukar kepada produk pembersihan semulajadi dan hijau. Baru lah kita lebih yakin dan lega mengetahui bahawa rumah kita selamat dari bahan merengsa yang berbahaya. Baru la yakin untuk bernafas dengan selesa lebih menyegarkan dengan bauan semulajadi.

3. Planet Yang Lebih Bersih


Diperbuat menggunakan amalan pengilangan lestari dan bahan-bahan semulajadi, produk hijau adalah selamat, tidak toksik dan terbiodegradasikan menjadikannya ideal untuk alam sekitar. Dengan cara ni  kita boleh membantu memastikan persekitaran yang lebih selamat untuk orang yang kita sayangi seterusnya untuk generasi yang akan datang.

4. Lebih Nilai untuk Wang


Kebanyakan produk hijau datang dalam bentuk cecair pekat dan boleh dicairkan ke dalam beberapa botol. Oleh itu kosnya adalah lebih rendah dari produk pembersihan konvensional. Kita juga boleh memilih pembersih hijau pelbagai guna, menjadikan kosnya lebih berbaloi daripada produk konvensional yang hanya mensasarkan sejenis permukaan di rumah.

BERHATI-HATI dengan bahan kimia ini di dalam produk pembersihan di rumah anda:


  • Formaldehyde (terdapat dalam sesetengah produk cucian)
  • Thiourea
  • Perchlorothylene
  • Nonylphenol Ethoxylate
  • Butoxydiglycol
  • Phthalates (sering digunakan sebagai wangian)
  • Ammonia

Memperkenalkan Set Get Clean untuk sistem permbersihan hijau yang mesra alam sekitar, menjimatkan serta pelbagai guna. Set Get Clean memberi jaminan 4 perkara iaitu:

Selamat
  • Tidak toksik
  • Bukan Wasap Toksik
  • Bukan Bahan Kimia Berbahaya
  • Bebas bauan
  • Lembut pada tangan anda
  • Ph seimbang
  • Bukan klorin
  • Hipoalergenik

Berkuasa

  • Menanggalkan minyak
  • Ultra pekat
  • Gunakan hanya separuh sukatan
  • Buih yang lama
  • Sesuai untuk semua suhu

Mesra Alam

  • Sumber bahan semulajadi
  • Surfaktan biodegradasi
  • Pembungkusan boleh dikitar semula
  • Tiada peluntur klorin
  • Tiada sebatian organik mudah meruap
  • Tiada fosfat
  • Tiada nitrat
  • Tiada borat
  • Tiada ujian haiwan

Bijak

  • Dapat menjimatkan wang anda
  • Formula pekat



1. Basic H

  • Pembersih pelbagai guna
  • Kepekatan yang tinggi - 16 auna mamou membuat sehingga 48 gelen pembersih berkuasa setelah dicampur dengan air 
  • Tidak perlu dibilas. 
  • Tiada toksik
  • Diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan
  • Antara kegunaannya ialah cuci lantai, cuci tandas, basuh kereta, cuci cermin, cuci dapur dan banyak lagi. 
Nak tahu kenapa anda wajib mencuba Basic H?  Klik Kelebihan Basic H

2. Hand Dish Wash 

  • Pencuci wangian pinggan yang melembutkan tangan dan mesra alam
  • Semulajadi, berasaskan tumbuh-tumbuhan 
  • Kepekatan yang tinggi. 
  • Diekstrak daripada jagung dan kelapa. 
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan
  • Mampu bertahan sehingga 3 bulan
Nak tahu kelebihan Dish Wash berbanding jenama lain? Klik Kelebihan Dish Wash Shaklee

3. Soft Fabric Concentrate

  • Pelembut pakaian yang membantu mengurangkan kedutan
  • Mengurangkan statik berpaut
  • Memudahkan menggosok
  • Berkepekatan tinggi - bagi 64 cucian
  • Ramuan semulajadi
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan
4. Get Clean Fresh Laundry

  • Serbuk pencuci baju yang berkepekatan tinggi
  • Ramuan semulajadi yang mesra alam
  • Tanpa prostat, borat dan nitrat
  • Pekay -5.5 lb.  Sekotak mampu membasuh sehingga 88 basuhan. 
  • Prestasi tinggi - pembersih enzim yang diaktifkan untuk mengekalkan basuh yang putih dan berwarna cerah. 
  • Selamat untuk semua jenis kain
  • Dirumus bantu mencegah pencelup dalam pakaian berwarna dari memindahkan dari satu pakaian kepada yang lain
Untuk membeli set ini secara online klik Set Get Clean

Nak Harga Lebih Jimat?  klik JIMAT TERLAJAk

Ayuh berubah menjadi lebih baik. Jaga alam sekitar untuk generasi masa depan. Hubungi umie di:

Umi Kalsom Awang Hat
SMS/Whatsapp : 017.4997159