Tuesday, September 26, 2017

TIPS MENDIDIK ANAK CARA PROF MUHAYA

by , in
Sebagai ibu-bapa ni ilmu keibubapaan sampai bila-bila takkan habis diteroka. Bak kata pepatah belajar sampai ke liang lahad. So hari ni saya nak share semula tips mendidik anak cara Prof Muhaya. Bukan apa senang untuk rujukan di saat memerlukan. Selamat membaca.



Sedekahkan Al Fatihah Tiapkali Teringat Anak

1. Kalau tiba-tiba teringat pada anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "Iyyakana'budu waiyyakanasta'in" ("Hanya kepada Mu kami menyembah dan hanya kepadaMU kami memohon pertolongan."), mintalah apa-apa hajat saat itu yang ada hubungannya dengan anak yang kita ingat saat itu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semoga anak kita diberi kepahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

Selalu Bercakap Apa Yang Kita Nak Anak kita Buat Waktu Anak Sedang Tidur

2. Pandang wajahnya saat dia tidur, ucapkan...."Ibu mau (nama anak) jadi anak yang sholeh, sayang..."
Coba amalkan (seperti kata Ustadz, kata-kata ini bermakna kita bercakap dengan rohnya)
dan ucapan ini adalah DOA, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Solat Malam Di Sisi Anak/Dalam Bilik Anak

3. Bangun shalat malam, shalat lah disisinya. Maksudnya kita shalat dalam kamar dia dan dekat dengan ananda. Jika Kita sering melakukannya dan kita juga selalu beritahu dia bahwa kita sering doakan dia, dia akan merasakan satu  ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita sangat sayang pada dia dan mau dia jadi anak yang sholeh. Dia akan tahu kita selalu shalat hajat untuknya.

Minta Dikasihani

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap saat bahwa kita ini sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tidak jadi anak sholeh bermakna dia tidak sayang kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

Peluk Anak Selalu Walaupun Dah Besar

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita sayang dia saat kecilnya. Aura ciuman dan belaian Ibu sambil bisikkan padanya bahwa kita bangga mempunyai anak sepertinya.

Maafkan Kesalahan Anak Setiap Waktu

6. Maafkan anak kita setiap waktu walaupun perbuatannya amat melukai hati kita. Muhasabah diri, mungkin kesalahan yang anak kita lakukan itu adalah karena dosa-dosa kita di masa lalu.

Jaga Tutur Kata

7. Yang paling penting jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang bisa melukai hatinya. Jika ini terjadi juga karena kita khilaf, cepat-cepat cari waktu yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, kita marah karena dia berbuat salah, bukan bermaksud membenci.

Amalkan Membaca Ayat 40 Surah Ibrahim

8. Amalkan membaca ayat 40 Surah Ibrahim supaya kita, anak kita dan keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan sholat.
(Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat,
Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku)

Selalu Ingatkan Anak Pentingnya Akhlak Mulia

9. Selalu ingatkan anak bahwa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, harta, hafal Quran sekalipun... jika tidak mempunyai akhlak yang mulia. Allah tidak melihat wajah yang cantik/ tampan tapi melihat hati yang cantik.

Jaga Amalan Ketika Sedang Menyediakan Makanan Untuk Anak

10. Saat mencuci beras niatkan... "Ya Allah...lembutkanlah hati anak-anakku, sebut nama anak kita... untuk paham agamanya..... (kenapa kita mau dia paham agama, karena anak yang tak paham agama akan bawa orangtuanya juga ke neraka).... seperti engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ".
Cuci beras lawan arah jam (putar kekiri seperti orang thawaf ) sambil sholawat kepada Nabi Muhamad saw.
Hati jangan lalai saat melakukannya, dan ingat kepada Allah selalu, aamiin 3x YRA...

Semoga bermanfaat buat kita semua. Wallahualam.

Sumber : Prof.  Dr. Muhaya
Thursday, September 21, 2017

RAHSIA BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN, CANTIKKAN KULIT DAN KURANGKAN MASALAH EZCEMA SERENTAK

by , in
Bila berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan, kulit pulak kusam dan berparut memang stress
Ditambah stress lagi masalah ezcema pun menyerang jugak di bahagian muka dan tangan.

Kesian sangat sis ni. Kalau kita kat tempat dia gamaknya yang mana satu nak settlekan dulu???.

Ikuti kronologi kisah sis ni sejak beliau perasan banyak betul masalah yang beliau hadapi.


2014 - Beliau menghadapi masalah berat badan yang berlebihan sehingga membuatkan keyakinan diri menurun. Kulit beliau jugak kusam dan tak berseri.

2015 - Beliau mula menghadapi masalah ekzema yg teruk di muka dan tangan ketika hamil anak yg keempat menyebabkan kulit berparut. Berat badan kian bertambah dengan mendadak.


Sehinggalah akhirnya beliau bertemu dengan sinar untuk merungkai masalah yang beliau hadapi iaitu Set Radiant 4. Sejak tahun 2016 beliau mula amalkan ESP, VITAMIN C, GLA COMPLEX & COLLAGEN SHAKLEE utk rawat masalah yg di hadapi. Tabah ja beliau konsisten makan kesemua set Radiat 4 setiap hari.

Alhamdulillah pada tahun 2017 masalah ekzema semakin berkurangan,  kulit semakin lembab, parut makin berkurangan dan dah dpt berat ideal. Yeayy!!!


Ketahui Nutrien Penting untuk kulit sihat dengan klik  4 Nutrien Penting Untuk Kulit Yang Sihat Dan Cantik

Teruja tak? Berbeza gila sebelum dan selepas kan??????... Haaa apa tunggu lagi jom la try. Kalau nak beli secara online klik SET RADIANT 4. Nak berhubung dengan saya pun boleh ja. Hubungi 017.4997159 untuk konsultasi secara percuma.

Umi Kalsom
017.4997159
Pengedar Shaklee Puchong
Sunday, September 17, 2017

4 NUTRIEN PENTING YANG PATUT ADA UNTUK KULIT CANTIK BERSERI

by , in
Pernah tak terdetik di fikiran macam mana la sesetengah orang mempunyai kulit yang sihat dan berseri? Sering kali jugak la tertanya-tanya apa la yang kita perlukan untuk dapatkan kulit yang cantik dan menawan.

Puas saya cari info akhirnya jumpa juga apa ynag sepatutnya kita ambil setiap hari.... Kalau nak tahu apadia yang saya maksud kena lah teruskan membaca ya :).

Terdapat 4 nutrien yang sangat diperlukan oleh kulit kita iaitu :

1) Protein untuk membina Kulit Yang Sihat


Badan kita sebenarnya dihasilkan dari protein dan dengan itu untuk memiliki kulit yang sihat berseri pengambilan protein yang mencukupi adalah sangat penting kerana ia:

  • Membekalkan asid amino yang penting yang tidak dihasilkan oleh tubuh badan kita untuk fungsi kulit yang optimum
  • Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat
  • Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit
  • Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit
  • Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari

2) Tingkatkan Keanjalan Dengan Kolagen


Kolagen adalah struktur penting untuk kulit anda. Ia mengekalkan kulit anda dan menghalangnya daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur. Berita baiknya adalah badan kita boleh menghasilkannya sendiri. Walaubagaimanapun semakin meningkat usia jumlah kolagen yang dihasilkan makin berkurang. Risiko kulit berkedut dan kendur pun turut meningkat jugak. Katakan tidak kepada tanda-tanda penuaan dan mulalah mengambil kolagen sekarang untuk 

  • Kulit yang lebih anjal
  • Mengurangkan kedutan
  • Mengurangkan parut 

3) Perlindungan Antioksida dengan Vitamin C

Vitamin C yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikalbebas. Walaubagaimanapun badan kita tak mampu untuk menghasilkan vitamin C dan pengambilan vitamin C membantu untuk:

  • Mengurangkan kedutan,melegakan kulit yang kering dan kasar
  • Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit
  • Membantu dalam penyembuhan luka
  • Mempertahankan kulit daripada radikal bebas

4) Kekalkan Kelembapan Kulit dengan GLA

Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya asid gamma-linolenic (GLA). Asid lemak ini berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan juga:

  • Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Melawan keradangan

Dapatkan kesemua nutrien penting ini dengan mengamalkan SET RADIANT 4 yang memenuhi kesemua syarat yang diperlukan untuk kulit yang cantek,anjal, awet muda dan sihat. Ia lengkap mengandungi protein, vitamin C, kolagen dan juga GLA.

Dah ramai yang mulai menuai hasil yang sangat menakjubkan. Antara testimoni mereka yang dah berjaya mendapat kebaikan dari pengambilan SET RADIANT 4 seperti di bawah ini :





Klik Radiant 4 untuk pembelian secara online. Jika ingin mendapatkan konsultasi secara percuma dan mendapatkan maklumat lanjut boleh la hubungi saya di talian 017 499 7159. 


Pengedar Shaklee Puchong
Umi Kalsom Awang Hat
Kawasan COD >>>> Puchong Perdana, Puchong Prima, Saujana Puchong, Bandar Puteri & Puchong Prima



Tuesday, September 05, 2017

Homemade Bone Broth untuk Bayi 8 Bulan Ke Atas

by , in

Sejak Alysha masuk ja umur 6 bulan memang saya dah start research menu-menu yang sesuai ikut peringkat umur Alysha. Waktu Ashraf kecik dulu dia tak merasa air tangan mama macam ni sob3x... Apa nak buat pendedahan tak berapa ada waktu tu.


Hari ni saya nak share dengan semua mommies resepi yang korang boleh try untuk anak yang dah berumur 8 bulan ke atas. Ini la dia Bone Broth aka sup tulang hasil dari sup tulang guna Noxxa semalam.  Kalau pakai periuk biasa ambil masa 3-4 jam.  Saya guna tulang daging lembu korban. Bone broth ni elok sangat jika kita bagi baby berumur 8 bulan ke atas.

Actually untuk buat bone broth boleh guna ayam, kaki ayam, rangka ayam,leher ayam.  Ikut lah mana yang ada. Ikut kreativiti masing-masing. Janji bahan-bahan yang penting wajib ada.

Khasiat Bone Broth


Banyak sangat khasiat bone broth ni. Ia boleh dijadikan penawar melawan virus. Konsepnya gini lawan virus kena lawan dengan protein.  Baby hirup protein dan semua zat-zat yang ada dalam sup tulang. Memang itu la target saya nak sediakan yang terbaik untuk Alysha minum hari-hari. Lagipun sekarang ni virus sana sini. Kita kena sediakan perisai yang terhebat untuk anak-anak kita.

Selain itu bone broth ada banyak lagi khasiat dan kebaikan seperti dalam jadual bawah ni.


Resepi Mudah Bone Broth


Bahan-bahannya

Bawang holland - 1 biji
Bawang putih - 3 ulas
Lobak - 2 batang
Tomato - 1 biji
Saderi - 2 batang (saya gantikan dengan daun sup sbb saderi takde)
Halia - 2 inci
Kaki ayam/rangka ayam/leher/tulang ayam

Cara Masak.


1.    Satukan semua bahan dan masak sehingga tulang lerai 3-4 jam.  Kalau guna pressure cooker atau noxxa 45 - 60 minit (kalau tulang besar 60 minit)
2.    Sejukkan dan tapis amik air

Bila dah sejuk tapiskan dan buang lemak-lemak berketul kat bahagian atas sup. jangan la masukkan sekali lemak-lemak tu ya hihihi.... Saya masukkan dalam bekas plastik ais krim.  Lepas tu bekukan.  Boleh masukkan dalam bubur untuk dijadikan sup bagi anak makan setiap hari.  Lobak plak boleh blend atau lenyekkan masukkan dalam bubur anak. Lepas dah settle asingkan kuah sup untuk anak jangn dibuang pulak tulang daging lembu tu ya. Macam saya terus tumis darat 3 sekawan,halia,bwg dan cerah dalam sup tadi. jangan lupa masukkan garam dan perasa. serampang 2 mata kan hihihi.....





Selamat mencuba 😊. In Sha Allah sangat berkhasiat untuk si comel kita semua. Kalau nak cuba suplemen shaklee boleh hubungi saya di 017.4967159 ya. Nanti saya share resepi lain lagi ya. stay tuned.